Sunday 29 May 2011

PENDUDUK PULAU DI BATU SAPI KINI MESRA PAS



Oleh: KRANGKANG BATRUSI

SUNGGUHPUN bukan musim pilihanraya, PAS Batu Sapi telah turun padang memberi bantuan kepada penduduk di beberapa pulau di kawasan ini.

Rombongan yang diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Haji Hamzah Abdullah itu telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada penduduk kampung di semua pulau.

Walaupun kunjungan kali ini datangnya daripada parti pembangkang, perasaan takut terhadap Parti Islam itu tidak kelihatan lagi di wajah penduduk kampung.

Berucap semasa majlis ramah mesra bersama penduduk kampung, Hamzah menegaskan bahawa PAS hadir kepada masyarakat semata-mata atas kesedaran ingin membantu meringankan beban rakyat tanpa mengira jenis keturunan dan perbezaan agama.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Sapi berkata, PAS sedia membantu rakyat yang lemah dan tertindas walaupun tidak memiliki sebarang kemudahan lengkap seperti parti pemerintah sekarang.

“PAS sebagai parti kebajikan dan dakwah akan sentiasa membela hak rakyat terutamanya yang berkaitan dengan isu tanah, geran, pendidikan dan sebagainya,” ujarnya lagi

Di dalam kunjungan tersebut juga, rata-rata penduduk yang ditemui mengadu tentang kejahatan Umno yang suka menabur janji tetapi tidak ditunaikan. Pembohongan ini sering dilakukan kepada mereka lebih-lebih lagi pada musim pilihanraya. Mereka sedar bahawa pembohongan yang dilakukan oleh Umno hanya merugikan masa depan penduduk di situ.

Menurut salah seorang penduduk, di tempat mereka sahaja sudah berkali-kali wakil YB datang melihat dan mengambil gambar rumah. Kononnya, beberapa rumah penduduk kampung layak menerima bantuan kerajaan. Namun sehingga kini, janji hanya tinggal janji.

Turut hadir bersama rombongan tersebut ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Sandakan, Wahid Rafaie.

No comments:

Post a Comment