Sunday 15 May 2011

PENUHI KUOTA 6 ADUN LANTIKAN



Oleh: ROZIE JUMAT

PERGERAKAN Sayap Kanan Umno Pensiangan meminta agar Adun Lantikan diwujudkan semula dan meminta kuota senator dikembalikan ke pedalaman.

Ketua Pemuda Umno Pensiangan, Mohd Shafik Peter Tinggi berkata, Adun Lantikan dicadang diberi kepada kawasan di mana parti itu tidak mempunyai wakil rakyat.

Beliau berkata ketika berucap sempena perasmian Mesyuarat Perwakilan Gabungan Pergerakan Wanita, Pemuda & Puteri UMNO Bahagian Umno P182 Pensiangan.

Shafik berkata, pergerakan sayap kanan parti itu bersetuju dan sebulat suara mencadangkan agar Adun Lantikan diwujudkan semula yang secara rasionalnya lebih memantap dan menguatkan lagi Barisan Nasional (BN).

“Wanita Pensiangan juga meminta agar kuota Senator dikembalikan kepada pedalaman,” kata Shafik, yang mewakili suara ketiga sayap kanan Umno di kawasan itu.

Dalam pada itu Shafik berkata, Umno memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Barisan Nasional .

“Kita tidak ketinggalan, tetapi cuma kawasan kita ini sangat luas maka pembangunan tidak ketara kelihatan,” ujar Shafik.

Namun katanya, tindakan menukarkan kerajaan hanya akan merugikan rakyat kerana banyak pembangunan dan perancangan yang sedang dan bakal dilaksana di kawasan Sook.

Antaranya ialah pembinaan dua buah sekolah menengah iaitu SMK Dalit dan SMK Trus Madi selain naiktaraf jakanraya dari Sook-Tulid-Sinua.

Mesyuarat itu dirasmikan oleh Exco Pemuda Umno Pusat, Jamawi Jaafar yang turut dihadiri oleh mantan Ketua Pemuda Negeri Sabah, Azman Hj.Roslan yang juga Ketua Pemuda Umno Keningau dan Timbalan Ketua Wanita Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Bahagian Sook, Rohaini Gubat.

No comments:

Post a Comment