Monday 16 May 2011

PERPADUAN PENCAPAIAN TERHEBAT MALAYSIA



MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pencapaian terhebat pemimpin Malaysia ialah keupayaan menyatupadukan rakyat.

Beliau berkata ini kerana bukan mudah untuk menyatukan rakyat pelbagai bangsa dari semua peringkat.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Pesta Kaamatan di Kampung Kelatuan, di sini, Mohd Shafie berkata kejayaan itu dicapai menerusi sikap saling menghormati budaya masing-masing serta turut meraikan perayaan kaum lain.

"Hanya di Malaysia ada banyak festival dan disokong pula secara kewangan (oleh kerajaan). Anda tidak dapat lihat ini berlaku di Singapura, Thailand, India...," katanya.

Mengulas perkara berbeza, Mohd Shafie yang juga Naib Presiden Umno berkata Barisan Nasional (BN) sudah bersedia menghadapi pilihan raya umum.

Beliau juga sependapat dengan pemimpin BN lain bahawa adalah penting pada pilihan raya kali ini calon yang dipilih dapat memastikan kemenangan parti itu. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment