Wednesday 18 May 2011

PERTINDIHAN KEAHLIAN LEMAHKAN BN


Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI

ISU pertindihan keahlian di kalangan komponen parti BN jika ada kekeliruan mengenai permohonan menjadi ahli, parti komponen boleh merujuk kepada senarai keahlian yang disimpan oleh Pengerusi BN di kawasan parlimen masing-masing.

Setiausaha Barisan Nasional Sabah, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan berkata perkara ini mungkin berlaku kerana ada ahli-ahli mereka yang tidak tahu menahu status keahlian mereka dalam parti yang mereka pohon untuk menjadi ahli.

Menurutnya, mungkin kerana parti tersebut tidak pernah mengeluarkan apa-apa surat pemakluman rasmi sebelum ini tentang status keahlian mereka atau kalau ada dibuat, surat pemakluman tidak sampai kepada pemohon.

“Perkara ini mungkin juga berlaku kerana ahli-ahli mereka tidak pernah dimaklumkan mengenai sesuatu mesyuarat atau aktiviti di peringkat cawangan dan bahagian, ada juga individu yang mungkin direkrut tanpa pengetahuan mereka atau pun dimaklumkan sambil lewa sahaja. “ beliau berkata demikian ketika ditemui oleh media di Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud bagi menyelesaikan masalah tersebut beliau mencadangkan pertama semua parti hendaklah mengeluarkan kad keahlian rasmi untuk memaklumkan keahlian ahli-ahli mereka.

Beliau turut mencadangkan semua cawangan atau bahagian parti-parti komponen di peringkat kawasan parlimen atau DUN perlu menghantar senarai ahli terkini mereka kepada Pengerusi BN di kawasan parlimen masing-masing setiap 6 bulan sekali.

Menurutnya Pengerusi BN di kawasan parlimen akan bertanggungjawab untuk meneliti setiap kekeliruan yang timbul.

“Cadangan ketiga, parti-parti komponen perlu memaklumkan dan melibatkan ahli mereka dalam proses mesyuarat dan aktiviti di peringkat cawangan. “

“Dengan cara ini, ahli parti akan tahu perkembangan dan aktiviti terkini parti yang mereka sertai dan seterusnya mengelakkan situasi di mana mereka langsung tidak tahu parti mana yang mereka masuki,“ terangnya.

Dalam pada itu, Abdul Rahman turut bersetuju dengan kenyataan Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Datuk Seri Musa Hj Aman mengenai tuntutan kawasan pilihanraya yang diminta oleh pihak-pihak tertentu.

Menurutnya, tuntutan kerusi oleh komponen BN adalah perkara biasa, bagaimanapun proses penentuan akan dibuat oleh kepimpinan tertinggi BN dalam proses rundingan di kalangan Presiden-Presiden parti komponen.

Katanya, proses ini telah digunapakai sekian lama dan dapat melahirkan formula yang diterima oleh semua pihak. Antara kriteria yang digunakan ialah kekuatan parti di sesuatu kawasan, keberkesanan wakil rakyat, kesiapsagaan jentera serta ‘winnable candidate’.

“Apapun, saya yakin Perdana Menteri selaku Pengerusi BN Pusat akan mengambil kepentingan parti komponen dan BN secara keseluruhan untuk menentukan peruntukkan kerusi dalam pilihanraya akan datang,” tambahnya lagi.

No comments:

Post a Comment