Thursday 5 May 2011

POLIS GAGAL KESAN 'SULTAN SULU'



SIASATAN mengenai kes seorang rakyat Malaysia yang menggelarkan dirinya ‘Sultan Sulu’ belum selesai kerana polis tidak dapat mengesan beliau untuk mendapatkan keterangan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata polis gagal mengesan Datu Mohd Akjan Ali Muhammad di Sabah melalui alamat terakhir beliau yang diketahui.

"Masalahnya kita masih nak mengesan dia, dia tidak ada di Sabah dan tidak ada di Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan khas pegawai awam Polis Diraja Malaysia sempena Hari Polis ke-204 di sini Khamis yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar.

Hamza berkata polis akan meneruskan usaha mengesan Datu Mohd Akjan melalui kerjasama Interpol dan juga pihak berkuasa di negara-negara Asean.

Katanya polis juga memerlukan keterangan daripada beberapa individu lagi untuk melengkapkan siasatan itu.

Khalid pula berkata lebih daripada 7,000 anggota polis telah dikeluarkan daripada tugas-tugas awam dan perkeranian dan diletakkan semula menjalankan tugas hakiki polis sejak tahun lalu.

Katanya ini merupakan usaha penempatan semula dalam pelbagai peringkat dan jabatan dalam PDRM untuk memastikan anggota polis dapat turun padang menjalankan tugas mereka manakala tugas-tugas awam diambil alih oleh pegawai-pegawai awam.

"Usaha yang kita panggil penempatan semula ini adalah berterusan, di mana pegawai-pegawai beruniform kita keluarkan daripada tugas-tugas pegawai awam dan ditempatkan di lapangan untuk menjalankan tugas kepolisan," katanya. (BERNAMA)

16 comments:

  1. Kita tidak akan mengiktiraf mana-mana sultan sulu di Sabah.

    ReplyDelete
  2. pandai2 dia menggelar dirinya sebagai 'Sultan Sulu'.

    ReplyDelete
  3. apakah niat 'sultan sulu' ni? adakah mahu menuntut hak ke atas Sabah

    ReplyDelete
  4. Sultan Sulu tu dah larikan diri kerana takut diambil tindakan.

    ReplyDelete
  5. di adalah Sultan tanpa rakyat dan tiada daulat.

    ReplyDelete
  6. setakat ini kita tidak pun mengiktiraf mana-mana individu sebagai Sultan Sulu.

    ReplyDelete
  7. apa pun, biarlah pihak polis melakukan apa yang sepatutnya.

    ReplyDelete
  8. Alasan ja. Hari itu tangkap tapi dikasi lepas. Kenapa tidak ISA ja.

    ReplyDelete
  9. Where oh where can Akjan be.....

    ReplyDelete
  10. I heard from a certain someone that he is crazy..cuckoo~

    ReplyDelete
  11. Adakah benar dia ini bersalah sehinggakan tidak muncul-muncul dan sukar dicari.

    ReplyDelete
  12. Sulta sulu mungkin sudah balik ke Sulu..Apa pun kita mengharapkan pihak bertanggungjawab cuba untuk menangani masalah ini sebaiknya.

    ReplyDelete
  13. mustahil syarikat2nya juga gagal dikesan.. tutup atau sekat operasi perniagaannya sampai beliau serah diri.

    ReplyDelete
  14. jika beliau melarikan diri bermakna beliau memang bersalah..

    konon mahu buat laporan polis terhadap media kerana memfitnah beliau, tup2 dia pula yang lari..

    ReplyDelete
  15. Bikin binggung cerita ini oo.. last time punya tambirang cakap dia tak salah, skrg hilang la pula. huhu

    ReplyDelete
  16. Yang bikin panas sekarang baru mahu dicari. kenapa bukan dari dulu. aiks kin hairan. Apapun harap hal ini dapat ditanggani dengan baik.

    ReplyDelete