Sunday 22 May 2011

PRO KONTRA KENAIKAN HARGA GULA



Oleh : SHAIMON S JUMADI

SEGELINTIR pengguna merasakan kenaikan 20 sen harga gula yang menjadikan harga runcit di pasaran sekarang RM2.40 sekilogram sebagai satu bebanan yang terpaksa ditanggung oleh mereka yang kurang berkemampuan.

Implikasinya, ekoran daripada kenaikan harga gula tersebut dengan secara langsung barang-barang makanan yang menggunakan gula sebagai bahan utama seperti seperti roti dan minuman, sudah tentu bakal dinaikan antara 30 peratus hingga 50 peratus.

Dalam hal sedemikian Sabahkini.net sempat membuat tinjauan rambang ke bebarapa lokasi dan sempat menemui beberapa orang pengguna dan mereka masing-masing mengeluarkan pendapat yang berbeza-beza tentang gula.

Ada yang setuju tindakan pihak kerajaan menaikan kadar harga tersebut ini terbahagi kepada beberapa faktor antaranya bila harga gula sudah melambung tinggi jelas pengguna akan dapat mengurangkan pengambilan gula yang berlebihan dalam minuman. Lazimnya, mereka membubuh 2 hingga 3 sudu kecil gula dalam segelas minuman, justeru itu dengan sendirinya dapat dikurangkan 1 hingga 2 sudu sahaja.

Kata mereka lagi, pengambilan gula yang berlebihan banyak membawa keburukan daripada kebaikannya kerana boleh menjejaskan kesihatan apabila kalori tinggi di dalam tubuh badan dengan mudah akan mendapat penyakit kronik seperti kencing manis (Diabetes).

Menurut statistik Kementerian Kesihatan, mereka yang mengalami masalah kegemukan telah mencecah angka nisbah 2.4 juta, sementara mereka yang mengidap penyakit kronik pula ialah 1.4 juta.

Senario ini berlaku angkara pengambilan gula yang berlebihan tanpa disedari dan justeru itu kenaikan harga gula disambut dengan rungutan dan pandangan yang pelbagai.

Setakat ini belum ada kenyataan rasmi daripada persatuan Pengusaha Restoran di Sabah untuk menaikkan harga minuman, namun kebanyakan gerai dan restoran telah ada yang menaikkan harga minuman di antara 20 hingga 50 sen.

No comments:

Post a Comment