Friday 6 May 2011

RAIS AKAN MASUKI PENGHAKIMAN



Oleh: BERNAMA

MENTERI Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim akan memohon kepada mahkamah untuk memasuki satu penghakiman terhadap penulis blog dalam saman fitnah, jika penulis itu gagal hadir di mahkamah.

Peguam Norhani Nordin yang mewakili Rais berkata mahkamah telah mengarahkan mereka untuk menampalkan writ saman di alamat terakhir penganalisis politik dan juga penulis blog Ahmad Mutalib Mohamed Daud di Sabah.

Beliau berkata Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Amelia Tee Hong Geok Abdullah menetapkan 23 Mei untuk pengurusan kes bagi perkembangan perkara tersebut.

Ia merupakan percubaan terakhir untuk menyerahkan saman kepada penulis blog, setelah mereka gagal untuk menyerahkan saman itu secara peribadi kepadanya.

"Kita memfailkan notis penggantian penyampaian pada Mac lepas kerana kita tidak dapat menyampaikan saman itu secara peribadi kepadanya. Kita buat penyampaian gantian melalui pengiklanan pada 13, 14 dan 15 April di akhbar harian Sabah," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Selepas itu, katanya mereka telah menampalkan saman berkenaan di papan kenyataan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Dan kini, kita telah menampalkan saman itu di alamat terakhirnya, jika (penulis blog) itu gagal hadir di mahkamah, kita akan memasuki satu penghakiman terhadapnya," kata Norhani.

Rais memfailkan saman itu pada 10 Feb, selepas empat artikel yang beliau anggap sebagai memfitnah, bertarikh 1, 3, 5 dan 7 Jan, dimasukkan oleh Ahmad Mutalib dalam laman web Sabahkini di http://sabahkini.net.

Ahmad Mutalib, penulis blog yang menyediakan berita bebas melalui laman webnya, yang didaftarkan di Kota Kinabalu.

Dalam kenyataan tuntutan, Rais menyatakan bahawa sesetengah perkataan yang disiarkan dalam artikel itu adalah dengki dan memfitnah beliau yang sangat memudaratkan peribadinya dan reputasi profesionalnya di seluruh negara serta antarabangsa, menyebabkan beliau malu yang amat sangat, duka dan menjejaskan.

Beliau juga menyatakan bahawa artikel itu tidak masuk akal dan keji yang memberi gambaran salah mengenai kelakukan dan jawatanya.

Rais juga menuntut ganti rugi am, khas, memudaratkan dan kerugian teladan dan juga injunksi untuk memaksa Ahmad Mutalib mengeluarkan semua perkataan fitnah dan perenggan dalam artikel itu.(BERNAMA)

No comments:

Post a Comment