Sunday 1 May 2011

RAIS SAMAN SABAHKINI.NET ATAU SAMAN ANGIN?



Oleh: MOHD YATIM SUHAILI

MENTERI Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Rais Yatim yang mewar-warkan kepada media untuk menyaman Editor Sabahkini.net, Abdul Mutalib Mohamed Daud, mungkin hanya menyaman angin kerana ketika ditanya, penulis kontroversi berkenaan menafikan menerima sebarang saman yang disampaikan kepadanya oleh mana-mana pihak atau Rais sendiri.

“Pada persidangan Blogger Malaysia-Asean di Kuala Lumpur baru-baru ini saya menjangkakan Rais atau Peguamnya akan menyampaikan saman kepada saya tetapi sehingga kini saya belum menerima apa-apa saman melainkan melalui email. Bolehkah sampaikan saman melalui email? Bailif sudah pencenkah? Ini satu perkembangan baru dalam dunia mahkamah di Malaysia jika hakim membenarkan saman melalui email,” ujar Abdul Mutalib yang menggunakan nama Mutalib M.D dalam penulisannya.

Menurut Mutalib beliau hanya membaca melalui media bahawa pengurusan kesnya akan dibuat pada 5 Mei 2011 tetapi tidak menerima sebarang saman atau kenyataan bertulis daripada mana-mana mahkamah.

“Kalau mahkamah tidak jemput saya buat apa saya hadir? Ini sudah kira menghina mahkamah kerana apa hak dia mahu saman saya jika kesnya belum selesai disiasat polis? Patutnya dia minta polis segerakan siasatan dan jika dia didapati tidak bersalah, barulah saman saya,” ujar Mutalib lagi yang kini sedang menjalankan tugas di Sabah sejak dua hari lalu.

Berhubung video yang telah disiapkannya, Mutalib enggan mengulas lanjut kerana kes berkenaan belum pun dibicarakan dan beliau akan membuat pendedahan apabila tiba masanya.

Mutalib turut merahsiakan buku Skandal Seks yang telah disiapkannya tetapi dalam masa yang sama memaparkan gambar Robengah dan membuat catatan nakal di grafik yang disiarkan Sabahkini.net iaitu perkataan ‘Robekngah’ yang mungkin merujuk kepada Robengah dalam siri Skandal Seks Orang Ternama yang disiarkan secara bersiri di Sabahkini.net.

No comments:

Post a Comment