Wednesday 4 May 2011

SABAHKINI.NET GUNA SISTEM KOMENTAR DISQUS.



Oleh: MOHAMMAD ADLI AYOB

PORTAL Sabahkini.net telahpun selesai menaiktarafkan sistem pengurusan kandungannya (CMS-Content Management System) dengan memasukkan modul 'DISQUS Comment System' sebentar tadi.

Sepertimana yang telah diketahui umum, sistem DISQUS ialah merupakan 'enjin komentar' yang paling popular di dunia dan ia memberikan kemudahan kepada pengendali blog menguruskan komentar pembaca sama ada di komputer, 'tablet' dan telefon pintar (smartphone).

Ia merupakan satu berita menarik yang ditunggu-tunggu oleh lebih 3 juta pembaca SabahKini.net sejak ia diperkenalkan kali pertama pada tahun 2008.

Pengguna sistem DISQUS dapat mengutarakan pandangan secara mudah dan pada mereka yang tidak mempunyai akaun Disqus, ia tidak menjadi masalah kerana akaun Facebook, Twitter, OpenID, Yahoo dan Google juga boleh digunakan untuk menghantar komentar terhadap sesuatu artikel.

Buat masa ini, pihak pengurusan SabahKini.net telah menetapkan semua komentar diluluskan tanpa tapisan. Bagaimanapun, perlu diingatkan kepada pengunjung blog ini bahawa Sabahkini.net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang bersifat hasutan, kata-kata kesat dan menyentuh agama atau kebejatan moral.

Segala komentar yang anda tuliskan adalah tanggungjawab anda sendiri selaku warganegara Malaysia dan tertakluk kepada tindakan undang-undang. Untuk itu, Sabahkini.net menyeru agar semua pembaca dapat mengikuti panduan ini dan menggunakan sistem DISQUS secara bijak demi untuk masa hadapan Sabah yang gemilang.

Sedikit kesilapan akibat terdorong oleh emosi negatif akan mengakibatkan sistem ini disekat penggunaannya di masa hadapan. Jesteru, ia sekaligus akan memberikan impak negatif terhadap kebebasan bersuara di dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi seperti di Malaysia.

Sabahkini.net mengalu-alukan pandangan dan komentar dari anda. Sila kunjungi mana-mana artikel dan hantarkan komen yang berada pada kotak 'DISQUS' pada penghujung setiap artikel.

No comments:

Post a Comment