Thursday 19 May 2011

SAPP SELESAIKAN TUGAS DBKK?



Oleh: MEDIA SAPP

BEBERAPA kemudahan awam seperti penutup parit kaki lima yang pecah di Kedai Likas Park, Taman Antarabangsa Likas, telah di atasi dengan cara bergotong-royong oleh Pemuda SAPP Kota Kinabalu.

Sumbangan bahan binaan daripada ADUN Likas, Datuk Liew Teck Chan yang bernilai RM200 telah membolehkan kerja pembaikan tiga (3) penutup parit dan grill besi untuk laluan kenderaan diperbaiki.

Gotong-royong tersebut telah diketuai oleh Pang Thien Fook, Ketua Pemuda SAPP Zon KK yang turut disertai oleh 7 orang Pemuda dari kawasan KK.

Kawasan terlibat merupakan laluan utama pelajar 4 buah sekolah serta penduduk taman yang berdekatan.

Dalam kenyataan Pang selepas kerja gotong-royong, beliau menyeruh agar semua ahli Pemuda SAPP turun padang dan selesaikan sendiri masalah yang dihadapi oleh rakyat sekiranya ianya boleh dilakukan mengikut kemampuan.

SAPP perlu buktikan kepada masyarakat bahawa SAPP bukan seperti parti politik yang lain yang hanya pandai keluar dalam muka akhbar dengan menunjuk parit atau lubang jalan.

Beliau turut membidas tindakan beberapa individu terutamanya yang mewakili kerajaan supaya hentikan publisiti murahan apabila melawat masalah rakyat. Jangan bazirkan wang rakyat sehingga 6 hingga 8 orang Kapitan termasuk PKR pergi lawat lubang jalan. Mereka sepatutnya menggunakan saluran Kerajaan yang mereka ada supaya masalah rakyat dapat dikurangkan.

No comments:

Post a Comment