Wednesday 11 May 2011

SHAFIE TIDAK PRIHATIN TERHADAP SEMPORNA



Saudara Pengarang,

AHLI Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal patut celik sejarah mengenai Parlimen dari Kawasannya (Parlimen Semporna) yang juga lahir pada 11-Mei 1887 dan jangan hanya tahu ucap selamat kelahiran UMNO tetapi kelahiran kawasan yang diwakili dilupakan.

Hampir semua rakyat Semporna tahu sejarah ini, seperti yang telah disiarkan Sabahkini.net melalui artikel ‘Dirgahayu Semporna, Bumiputera Merana’. Bukankah ini membuktikan beliau tidak prihatin terhadap Semporna?

Oleh itu tidak hairanlah jika jasa dan pejuang lama tidak dihargai sebagai contoh beliau minta laluan sebagai Ketua Pemuda Usno daripada Mohd Salleh Lakani untuk menjadi Ketua Pemuda tetapi orang yang berjasa padanya tidak mempunyai apa-apa perubahan sehingga ke hari ini.

Soal latar belakang buruk keluarganya itu urusan beliau tetapi yang pasti bahawa ayah beliau adalah bekas Askar Filipina yang melarikan diri ke Sabah. Oleh itu tidak hairan jika beliau mengutamakan PATI di kawasannya.

Salam Hormat,

AHLI UMNO LARAPAN

No comments:

Post a Comment