Wednesday 11 May 2011

SIAPA DALANG MAKSIAT DI SABAH?



Oleh: KREW SABAHKINI.NET

UMNO Bahagian Sepanggar mendesak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Polis Diraja Malaysia (D7) memantau kegiatan maksiat di Sabah terutama mengadakan operasi lebih kerap di semua kelab malam yang dibuka melebihi waktu yang dibenarkan memandangkan premis berkenaan dijadikan Pusat Pengedaran Dadah, Pelacuran dan Pemerdagangan Orang.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Yakub Khan yang menghubungi Sabahkini.net berkata, pihaknya menerima aduan bahawa kegiatan maksiat di Sabah semakin berleluasa sehingga semakin sukar dikawal ekoran kewujudan Kelab Malam yang beroperasi lebih masa tanpa sebarang kawalan.

“Kita bimbang ramai remaja kita menjadi mangsa penagihan najis dadah dan terjebak dengan kegiatan pelacuran, tetapi amat malang kerana pihak berkuasa langsung tidak mempedulikan aduan masyarakat,” kata Yakub yang mengulas kegiatan beberapa kelab malam yang beroperasi sehingga jam enam pagi.

Yakub mendakwa, pemantuan Task Force UMNO Sepanggar mendapati beberapa kelab malam termasuk Razz Ma Tazz di Jalan Tuaran, dibenarkan beroperasi sehingga jam enam atau tujuh pagi tetapi tidak pernah dikenakan sebarang tindakan seolah-olah mendapat kebenaran atau dilindungi pihak berkuasa.

“Kita harap Menteri Dalam Negeri dapat memantau kegiatan maksiat ini terutama melibat beliau Islam yang diperangkap dengan pelbagai tawaran termasuk dadah, GRO, minuman keras dan perjudian serta menjadikan Razz Ma Tazz sebagai ‘Syurga’ kerana dipercayai mendapat kelulusan atau dilindungi pihak berkuasa,” ujar Yakub yang mendesak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu menjelaskan waktu operasi yang dibenarkan kepada masyarakat.

1 comment: