Tuesday 17 May 2011

SIAPA HALALKAN TASK FORCE KDM?



Oleh: MOHD YATIM SUHAILI

AMARAN Presiden dan Timbalan Presiden UMNO baru-baru ini menyerlahkan kebenaran apabila wujud puak-puak pelampau di dalam UMNO yang mempergunakan isu agama, kebudayaan, kaum dan peribadi sebagai asas untuk menjatuhkan lawan dan menyalahguna kuasa sebagai modal untuk merampas kuasa.

Penubuhan Task Force UMNO (KDM) (Halal atau Haram?) yang entahkan bila dan atas restu siapa dilihat sebagai usaha awal untuk memecah belahkan perpaduan dan mencipta bibit permusuhan di antara pemimpin UMNO di Sabah dengan mempergunakan Perayaan Pesta Menuai sebagai ‘Batu Loncatan’ untuk melibaskan pedang ke dada UMNO Sabah.

Belumpun sembuh dengan pelbagai serangan peribadi yang dilancarkan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal terhadap Badan Perhubungan UMNO Sabah, terutama Pengerusi dan Timbalan Pengerusi; Gerakan Perang Saraf semakin merebak ke seluruh Sabah dengan menggunakan ‘Pesta Tapai’ sebagai medan mencari pengaruh sehingga mencemar kesucian perayaan berkenaan.

Tidak mungkin tidak, Shafie tidak menyedari bahawa individu yang menunggangnya, Datuk Peter Anthony yang menggelarkan dirinya sebagai Bendahari Task Force UMNO (KDM) adalah pemilik Kelab Malam Razz Ma Tazz, gedung maksiat dan dadah yang menyebabkan kemerosotan dan kebejatan moral ahli UMNO, terutama puteri, pemuda dan wanita.

Sebagai seorang yang mendakwa dirinya pemimpin Islam dan menyerang PAS dengan gelaran ‘Parti Ajaran Sesat’ kini bersekutu dengan ‘Bapa Ayam’ dan ‘Bapa Estacy’ bagi melengkapkan Gelaran Pemimpin Agung setelah ‘merestui’ Bapa Mertua dan Pegawai Kanan GLC kementeriannya terlibat dengan Skandal Video Lucah.

Bukan rahsia lagi, bahawa Datuk Peter Anthony, yang mengendalikan perniagaan ‘Daging Mentah’ dan ‘Estacy’ membuka Gedung Maksiatnya sehingga jam 6 pagi; melebihi masa dan syarat yang ditetapkan, tanpa sebarang kekangan dan serbuan pihak berkuasa.

Setelah Shafie gagal dalam beberapa Operasi Kudita (Coup-de-taat) melalui Skandal Hong Kong; tentangan Pengerusi Felcra Holding, Datuk Rahim Ismail; hasutan Timbalan Presiden LDP, Datuk Chin Su Phin; maka Shafie kini mempergunakan isu KDM untuk melancarkan ‘Saiwar’ terhadap musuh politiknya, Datuk Seri Musa Aman, yang juga berketurunan KDM.

Penganugerahan RM50,000 kepada pelajar daripada sembilan buah sekolah di Papar atas nama ‘Program Kemanusiaan’ di SK Our Lady of Fatima, Kg Kelatuan, Papar sebagai mengesahkan Peter sebagai salah seorang ‘Kabinet Bayangan’ Shafie, jika beliau berjaya merampas kuasa pada pilihanraya umum akan datang.

Lebih 100 orang murid miskin daripada sembilan sekolah di Papar, termasuk Our Lady Fatima yang terletak di Parlimen Kimanis telah dijadikan ‘mangsa politik’ dengan ‘bantuan kewangan’ yang tidak seberapa dan Komputer 1Malaysia untuk menjayakan misi tersirat Naib Presiden UMNO yang ditendang keluar daripada Kedah dan kini memanjat ‘jendela tandas’ untuk masuk ke rumah sendiri kerana pintu hadapan berkunci.

Sembilan sekolah yang dijadikan ‘mangsa politik’ Shafie termasuklah SK Our Lady of Fatima, SK Kelatuan, SK Langkawit, SJK © Cheng Meng Ulu Kimanis, SK Daingin, SK Belatik, SJK © Sen Meng, SK Kayau dan SK Lingan; sekaligus melemparkan najis ke muka Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Pelajaran kerana peranan dua kementerian ini telah diambil alih oleh Task Force UMNO (KDM).

Namun agak memeranjatkan ‘Beruk Politik’, ketika majlis berlangsung, Pengerusi Task Force UMNO (KDM), Datuk John Ambrose menghadiri Majlis Perasmian Persidangan UMNO Sepanggar yang dirasmikan Datuk Musa Aman dan Timbalannya Datuk Rubin Balang, mempunyai acara sendiri di Tenom; seolah-olah mereka tidak tahu menahu program berkenaan.

‘Bapa Estacy’ telah mengadakan sidang akhbar sehari menjelang majlis berkenaan bahawa Task Force UMNO (KDM) menerima permohonan 43 keluarga miskin daripada lapan kampung di Papar untuk mendapatkan rumah di bawah Program Bantuan Rakyat (PBR) yang bernilai RM1.2 juta untuk dikendalikan oleh Kementerian Shafie.

Dengan adanya Task Force UMNO (KDM), mungkin rakyat Sabah terutama ahli UMNO tidak lagi memerlukan Badan Perhubungan UMNO Sabah dan 25 UMNO Bahagian kerana semua peranan ini boleh dijalankan oleh badan ad-hoc yang dipengerusikan oleh Datuk John Ambrose yang sinonim dengan gelaran ‘Father of The Chicken’.

No comments:

Post a Comment