Monday 16 May 2011

SIAPKAN RUMAH PPRT IKUT JADUAL



BINCANG... Nasir(dua kanan) berbincang sesuatu dengan A.M.Ibnu (kanan) semasa meninjau pembinaan sebuah rumah PPRT di Kampung Sinallang dalam kawasan Dun Senallang Semporna.

Oleh : ARSHAD HUSSIN

MENTERI Di Jabatan Ketua Menteri, Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran menasihatkan kontraktor-kontraktor yang telah dipilih dan dilantik melaksana semua projek kerajaan hendaklah menyiapkannya dengan sempurna dan menepati masa yang ditetapkan.

Nasir berkata,mereka (kontraktor) juga seharusnya lebih bertanggungjawab menggalas hasrat kerajaan yang ikhlas membela nasib rakyat tanpa mengutamakan keuntungan berlebihan sehingga menggagalkan misi kerajaan mahu membela nasib rakyat.

Katanya, mereka telah diberi peluang menggalas amanah melaksana pembinaan itu dan perlu dilakukan dengan penuh beramanah dan bertanggungjawab.

Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Senallang berkata demikian sempena melakukan lawatan dan meninjau projek pembangunan kerajaan ke kampung-kampung yang menerima bantuan itu di sini.

Kawasan DUN Senallang menerima projek Pembaikan rumah PPRT sebanyak 30 buah rumah di bawah peruntukan Adun dan 23 buah rumah PPRT di bawah projek KKLW Persekutuan.

SIAP….. Balairaya kampung Tampi-Tampi Timbayan yang baru siap dibina.

Turut serta dalam lawatan dan tinjuan itu, Pegawai Daerah Semporna, A.M. Ibnu A.K. Baba; Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat (PKR), Haji Tahir Amir; Ketua Daerah Dun Senallang, OKK Haji Musa Sabaani; Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Dun Senallang, Roslan Jalaludin dan Pegawai Perhubungan Adun Senallang, Haji Zainal Jalaludin.

Nasir berkata, kegagalan mereka menyiapkan projek pembinaan dan pembaikan projek itu boleh menimbulkan kesan negatif kepada kerajaan dan boleh dikategorikan sebagai 'Projek Sakit'.

Sehubungan itu, Nasir menegaskan kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas kepada mana-mana kontraktor yang gagal menyiapkan projek kerajaan termasuk melaporkan kepada pihak SPRM.

No comments:

Post a Comment