Wednesday 11 May 2011

SK ST JOHN TERIMA PAKAIAN SERAGAM



CUBA KASUT......kelihatan seorang murid yang menerima sumbangan kasut sedang mencuba dengan disaksikan Datuk Abdul Rahman dan Haji Ghulabdin.

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

KOPERASI Serbaguna SANYA Berhad (KOSAN) pada Isnin lepas telah menyampaikan sumbangan kerajaan negeri berbentuk Pakaian Seragam sekolah di SK St John Tuaran yang pada keseluruhannya akan melibatkan seramai kira-kira 300 murid tahun satu hingga tahun 6 di sekolah tersebut.

Kesudian Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan yang juga bekas penuntut sekolah itu menyampaikan sumbangan yang sekurang-kurangnya akan dapat meringankan sedikit bebanan ibu bapa menyediakan pakaian sekolah telah menjadi penyuntik dan sumber inspirasi kepada Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu untuk menjayakan lebih banyak kegiatan pada masa akan datang.

Kehadiran Datuk Abdul Rahman bukan sekadar menyampaikan sumbangan kerajaan semata-mata,tetapi jauh di sudut hatinya adalah untuk melihat sekolah yang memberikan banyak nostlgia bagi dirinya, meski telah 30 tahun berlalu ketika beliau memulakan alam pendidikan di sekolah itu namun ingatan manis ketika menuntut di sini masih segar dalaam ingatanya

Abdul Rahman yang sempat membuat lawatan singkat mengakui banyak Perubahan pembangunan di persekitaran kawasan sekolah itu yang membuktikan keperhatinan kerajaan terhadap pentingnya menyediakan prasarana baik terhadap mana-mana institusi pendidikan di negara ini telah dilakukan.

Manakala Pengerusi Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) SK St John Tuaran, Haji Ghulabdin Enjih menghargai kehadiran pemimpin itu dan turut menyertai lawatan ssingkatnya di sekolah berkenaaan.

Ghulabdin, Ibu Bapa dan Guru-guru yang menghadiri majlis penyerahan sumbangan itu turut sama menghargai pengumuman sumbangan sebanyak RM2,000 yang diumumkan oleh Datuk Abdul Rahman ketika berucap merasmikan majlis tersebut dan akan memastikan pemberian peribadi itu boleh dimanfaatkan oleh PIBG SK ST John Tuaran bagi menjayakan lebih banyak program lain untuk menambah baik pembelajaran di sekolah tersebut.

Hadir sama dalam majlis itu termasuklah Guru Besar SK St John Tuaran; Helen Gasat, Setiausaha KOSAN, Golubi Guntarik; Ahli Lembaga Pengarah KOSAN Datuk Baisulkhan Salman Farish; Pengurus Besar KOSAN, Haji Junian Haji Yunus dan Pengurus Kilang KOSAN Tuaran, Johannis Saliun.

Sementara itu Ghulabdin yang juga Timbalan Pengerusi KOSAN memberitahu, pihaknya yang menjadi agen kerajaan negeri untuk menyampaikan sumbangan berupa pakaian seragam sekolah yangg kini telah hampir menyelesaikan penyerahan sumbangan serupa di semua sekolah rendah termasuklah Sekolah agama Islam di Sabah.

"Saya bersetuju dengan pandangan Datuk Abdul Rahman yang memperakui bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menjadi pemerintah di negara ini adalah sebuah kerajaan yang mementingkan agenda pendidikan sehinggakan satu perempat daripada bajet kerajaan persukutuan dibelanjakan untuk sektor pendidikan termasuklah pemberian pakaian percuma yang di sampaikan oleh KOSAN di SK St John Tuaran," kata Ghulabdin lagi.

No comments:

Post a Comment