Tuesday 10 May 2011

SOGCA BERPELUANG DAPAT PROJEK PETRONAS



SYARIKAT minyak negara, Petronas telah memberikan jaminan yang ia akan mempertimbang para kontraktor tempatan apabila memberikan projek-projeknya di masa akan datang ekoran saranan yang dibuat oleh Persatuan Kontraktor Minyak dan Gas Sabah (SOGCA) agar Petronas memperbanyakkan peluang kepada kontraktornya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata Ketua Pegawai Eksekutif syarikat minyak dan gas itu, Datuk Shamsul Azhar Abbas, telah memberikan maklum balas yang baik terhadap saranan SOGCA dan berjanji memastikan peluang-peluang seumpama itu diberikan kepada kontrak tempatan yang berkelayakan dalam industri berkenaan.

"Ketika bersarapan pagi ini bersama-sama Shamsul dan Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri Datuk Raymond Tan Shu Kiah, kami telah membincangkan perkara ini dan saya telah beritahu beliau akan harapan para peniaga dan pengusaha industri minyak dan gas Sabah.

"Saya telah meminta agar peluang diberikan kepada para pengusaha di Sabah agar mereka boleh berkecimpung dan mengambil bahagian secara aktif dalam industri minyak dan gas memandangkan Sabah juga merupakan pengeluar minyak.

"Beliau menerima baik pandangan saya dan berjanji berusaha memastikan projek-projek yang akan dilaksanakan Petronas mengambilkira kepentingan peniaga dan pengusaha yang layak di negeri Sabah dan bukan sahaja bumiputera tetapi juga bukan-bumiputera," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan Mobile Courtroom di sini Isnin.

Terdahulu, SOGCA telah menyuarakan yang para kontraktor tempatan tidak mendapat projek yang mencukupi daripada Petronas sambil menyatakan yang peluang biasanya diberikan kepada kontraktor utama dari Semenanjung Malaysia atau Sarawak, sementara kontraktor Sabah akan hanya dilantik sebagai sub-kontraktor.

Presidennya, Datuk Iskandar Malik turut menyarankan bahawa demi ketelusan dan kewibawaan, keutamaan seharusnya diberikan kepada ahli-ahli SOGCA yang berpengalaman dan berkeupayaan untuk melaksanakan projek-projek.

Persatuan itu juga menyarankan agar kerajaan menyemak kembali Akta Petroleum 1974, bagi meringankan Petronas menyalurkan kontrak projek secara terus kepada industri tempatan di Sabah dan tidak melalui kontraktor utama dari Sarawak atau Semenanjung Malaysia. Ia turut menggesa Ahli-ahli Parlimen Sabah agar membantu dalam perkara ini. (BERNAMA)

13 comments:

  1. Hope that Petronas keep their promises to give local contractors who are qualified to work on the projects.

    ReplyDelete
  2. kontraktor tempatan sehrusnya diberi keutamaan dalam projek tersebut.

    ReplyDelete
  3. Satu berita yang amat memberansangkan. Ini yang kita harapkan dan kepada kontraktor2 berkebolehan jangan lepaskan peluang ini.

    ReplyDelete
  4. Jika sudah mendapat projek tersebut lakukan yang terbaik dan jangan malukan rakyat setempat. Buktikan bahawa orang tempatan juga mampun melakukan yang terbaik.

    ReplyDelete
  5. baguslah jika petronas memberikan peluang kepada kontrak tempatan yang berkelayakan dalam industri tersebut.

    ReplyDelete
  6. harp ini akan dapat membantu memajukan kontraktor tempatan Sabah.

    ReplyDelete
  7. diharap ahli-ahli SOGCA akan mendapat peluang untuk mendapatkan projek-projek dari PETRONAS.

    ReplyDelete
  8. Itu sudah pasti, berikan keutamaan kepada kontraktor tempatan untuk apa projek dalam negeri ini.

    ReplyDelete
  9. Sesiapa pun yang dapat projek itu tidak penting. Yang penting pastikan kontraktor itu dapat melakukan kerja mereka dengan baik.

    ReplyDelete
  10. tidak sia2 SOGCA menyarankan supaya Petronas memperbanyakkan peluang kepada kontraktor tempatan.. tahniah dan saya harap Petronas benar2 melaksanakan janji ini.

    ReplyDelete
  11. Ini berita baik bagi kontractor tempatan Sabah, tunjukan kemampuan kita bahawa kontractor tempatan Sabah juga boleh melaksanakan projek besar seperti kontractor dari Sarawak atau Semananjung..

    ReplyDelete
  12. Prestasi Kewangan Negeri Sabah Kekal Cemerlang

    Selaras dengan peraturan-peraturan kewangan yang ditetapkan, sumber dan perbelanjaan kewangan negeri Sabah sentiasa diurus secara berhemat, berkesan dan efisien. Ketua Audit Negara telah mengiktiraf negeri Sabah sebagai salah sebuah negeri yang mempunyai rekod terbaik dalam pengurusan kewangan. Dengan kecemerlangan ini, bagi tahun 2011, negeri Sabah sekali lagi telah dianugerahkan “Sijil Tanpa Teguran” (Clean Bill) yang menjadikan penganugerahan ini mencatatkan rekod selama 12 tahun berturut-turut.

    Negeri Sabah adalah sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai khazanah alam. Khazanah itu termasuklah bahan mineral, biodiversiti tanah pertanian dan warisan budaya yang merupakan asas atau tulang belakang terhadap pertumbuhan ekonomi negeri ini. Dengan mengambilkira kekayaan berkenaan serta kedudukan fiskal negeri yang mantap serta kapasiti untuk melaras kutipan hasil negeri, RAM Rating Services Berhad sekali lagi telah memberikan penarafan “AAA” ( Triple A ) kepada negeri Sabah untuk 4 tahun berturut-turut. Manakala, untuk pengurusan dan proses bajet negeri yang teratur dan mematuhi peraturan, Moody International pada tahun 2012 ini telah sekali lagi memberikan pensijilan MS-ISO 9001:2008 yang mana ini merupakan pencapaian cemerlang selama 4 tahun berturut-turut.

    ReplyDelete