Tuesday 3 May 2011

TANGKAP ANJING GILA DARI PENJARA?



Saudara Pengarang,

"Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi". Saya berharap agar Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamudin Tun Hussien akan menubuhkan jawatankuasa khas menyiasat kes seorang remaja dibelasah oleh Pengarah Penjara Keningau, Jaikol Bin Gubal bersama 3 rakannya di sebuah kedai 24 jam di Keningau; tanpa belas kasihan yang disiarkan oleh Sabahkini.net dan YouTube.

Saya ingin bertanya kepada Jaikol macam mana jika anaknya dikeroyok dan dibelasah seperti remaja tersebut? Saya tidak percaya seorang Pengarah Penjara boleh mabuk dan melakukan perkara begini seperti ‘Gengster’.

Kes tersebut telah menjatuhkan imej Penjara Malaysia dan Kerajaan Malaysia kerana Sabahkini.net dan Youtube boleh dilayari di seluruh dunia, hatta di Kutub Utara. Gara-gara seorang pegawai atasan kerajaan yang menyalahguna kuasa dan rasuah boleh menumbangkan kerajaan BN pada PRU 13 akan datang jika tidak dikawal oleh KDN.

Bukankah yang dibelasah dengan kejam itu berketurunan Cina dan tidak hairan jika BN akan kalah banyak kerusi dominasi Cina di Sabah jika isu ini tidak diselesaikan segera sebagaimana nasib parti SUPP di Sarawak pada pilihanraya 16 April lalu.

Jika seorang Pengarah Penjara dalam keadaan mabuk boleh masuk ke dalam kedai memukul remaja bersama rakannya seperti ‘anjing gila’, seperti yang kita lihat dalam Youtube; bagaimana pula orang tahanan yang ditahan di dalam penjara di bawah jagaan beliau?

Pengarah Penjara Keningau patut dipecat SERTA MERTA selepas siasatan dan rakannya wajib ditangkap segera dan disumbat ke dalam lokap Polis setelah mangsa membuat laporan Polis di Keningau.

Sebagai seorang warga Malaysia dan pembayar cukai, saya tidak percaya bahawa seorang pegawai atasan Kerajaan boleh melakukan keganasan terhadap seorang remaja seperti Gangster atau Anjing Gila.

Saya hairan bagaimana rakyat Sabah boleh halalkan cukai yang dipungut daripada mereka untuk membayar gaji Pegawai Penguatkuasa ‘Anjing Gila’ seperti Pengarah Penjara Keningau yang disiarkan Oleh Youtube?

Sehubungan itu, saya mendesak agar Dato’ Hishamudin meluangkan sedikit masa untuk menonton kes tersebut di Youtube dan mengambil tindakan tanpa kasihan terhadap mereka kerana rakyat anggap kesemua ‘penjenayah kolar putih’ itu adalah ‘Anjing Gila’ yang tidak memakai uniform ketika itu.

Salam Hormat.

JUSTICE OFFICER

17 comments:

  1. "Jika seorang Pengarah Penjara dalam keadaan mabuk boleh masuk ke dalam kedai memukul remaja bersama rakannya seperti ‘anjing gila’, seperti yang kita lihat dalam Youtube; bagaimana pula orang tahanan yang ditahan di dalam penjara di bawah jagaan beliau?"

    Saya pun berfikiran seperti pengarang ini. Mungkin mati ja tidak tu banduan2 itu. Jaikol Bin Gubal & geng2 dia ini anjing gila.

    ReplyDelete
  2. hal ini perlu disiasat, pengarah penjara tu patut diambil tindakan tegas, perbuatannya memukul orang adalah satu kesalahan.

    ReplyDelete
  3. pengarah penjara yang terlibat dalam kes ni

    http://cikgur.wordpress.com/2011/02/07/organisasi-unit-akademik/

    ReplyDelete
  4. memang tidak patut la seorang pengarah penjara berkelakuan ganas seperti 'gangster'.

    ReplyDelete
  5. mangsa perlu diberi pembelaan.

    ReplyDelete
  6. ambil tindakan terhdap pengarah penjara tersebut.

    ReplyDelete
  7. pekara ini perlu disiasat dengan teliti..

    ReplyDelete
  8. jika benar seperti yang didakwakan, maka tindakan tegas wajar diambil.

    ReplyDelete
  9. Just send these abusive men to jail!

    ReplyDelete
  10. Jaikol bin Gubal harus dipecat serta merta dan dihadapkan ke muka pengadilan..

    ReplyDelete
  11. bukti yang kukuh sudah ada..apa yang ditunggu lagi?

    ReplyDelete
  12. diharap menteri berkenaan akan campur tangan dalam kes ini..

    ReplyDelete
  13. Hope that the police officer will be investigated and action taken against him.

    ReplyDelete
  14. Ini telah menjatuhkan imej Jabatan penjara hanya kerana kesalahan seseorang.

    ReplyDelete
  15. semua anggota beruniform perlu ingat, siapa yang bayar gaji mereka, dan dari mana datangnya duit itu.. baru dapat jawatan pengarah penjara sudah pandai2 bertindak seolah2 ini sabah dia yang punya.

    ReplyDelete
  16. saya harap dia dapat duduk sama2 dengan banduan2 yang dia jaga.. baru dia tau langit itu tinggi atau rendah.. rasalah macam mana pula jadi banduan..

    ReplyDelete
  17. Harap kes ni dibela seadil adilnya.

    ReplyDelete