Tuesday 31 May 2011

UTAMAKAN KETELUSAN, KETEPIKAN KENEGERIAN



Oleh : FAIZAL OKADAU

KETIDAK ADILAN pengagehan kekayaan menjadi sebab kenapa Sabah agak ketinggalan jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain kerana kekayaan berpusat kepada golongan tertentu sehingga melebarkan jurang status sosial.

Selain itu, sikap pemimpin yang mengapikan semangat kenegerian yang tinggi di jiwa rakyat Sabah juga merupakan satu pendekatan politik yang berbahaya dan merugikan rakyat.

“Dasar pecah dan perintah telah menjadi senjata yang begitu ampuh untuk penjajah British terus kekal menjajah dan menjadi guru kepada tanah jajahan mereka,” demikian kata Hj Apandi Muhamad.

Kalau di Semenanjung, kata Hj Apandi, BN mengapikan politik perkauman yang seolah-olah menjulang Melayu sebagai bangsa yang bermaruah dan berdaulat. Akan tetapi hakikatnya, orang Melayu jauh ketinggalan, hak keistimewaan orang Melayu dirompak satu demi satu hinggakan perkapita sekolah Agama rakyat yang menjadi benteng orang Melayu dan Islam juga diragut rakus.

“Gendang kenegerian yang dimainkan BN dan SAPP bertujuan untuk memastikan peribumi Sabah terus bersama mereka. Hakikatnya, rakyat Sabah terus dipermainkan dan sokongan mereka hanya ditukar ganti dengan tangki air dan zink sahaja,” jelas Hj Apandi yang juga YDP PAS Jeli dan usahawan berjaya; merujuk kepada pengalaman beliau semasa berkempen di PRK Batu Sapi.

“Rakyat Kelantan boleh dijadikan model sebagai rakyat yang mempunyai semangat kenegerian yang tinggi. Akan tetapi, dek Keadilan yang diutamakan, rakyat negeri lain bebas untuk memegang jawatan Persekutuan di Kelantan malah rakyat Kelantan telah melantik Menteri Besar dan Exco serta wakil rakyat daripada orang luar Kelantan,” tambah Hj Apandi lagi.

Sekarang ini Takiyuddin Hassan, Salahuddin Ayub, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Dr Hatta Ramli ialah antara Wakil Rakyat dan exco Kelantan yang disayangi oleh kepimpinan dan rakyat Kelantan.

Rakyat Sabah seharusnya memberi perhatian kepada masalah kad pengenalan palsu dan penguasaan tanah oleh mereka yang berkepentingan sebagai agenda utama dalam memastikan hak dan masa depan mereka terbela.

No comments:

Post a Comment