Wednesday 11 May 2011

UTUSAN SEDANG BERMAIN API!



Oleh: FAIZAL OKADAU

RAKYAT Malaysia diingatkan supaya berwaspada dengan jerat sentiment anti keagamaan yang ditiupkan oleh pihak-pihak tertentu yang terdesak dalam mempertahankan kuasa.

“Sememangnya mereka membayar harga yang amat mahal apabila mencetuskan ketegangan kaum dan agama bagi mengalih tumpuan rakyat ke atas pelbagai isu yang sedang melanda UMNO BN. Kenaikkan harga minyak, masalah sosial, masalah jenayah yang semakin meningkat telah menghantui UMNO BN dalam mempersipakan jenteranya menghadapi pilihanraya ke 13 nanti,” jelas Hj Hamzah Abdullah, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah.

“Kita tidak Nampak bukti yang sahih tentang dakwaan Utusan Malaysia bahawa terdapat pihak tertentu yang cuba mencetuskan idea menuntut agama Kristian sebagai agama persekutuan, apatah lagi, Utusan Malaysia sudah dikenali sebagai media menjaja propaganda UMNO BN,” tambah Hamzah, YDP Pas Batu Sapi itu.

“Jerat anti keagamaan ini cukup berbahaya untuk keselamatan dan kestabilan politik Negara. Tidak mustahil juga jerat ini boleh makan tuan sekiranya tidak segera ditangani dengan baik dan berhemah. Sebaiknya berpolitiklah dengan matang dan utamakanlah kesejahteraan rakyat,” nasihat Hj Hamzah.

Sebelum ini, Utusan Malaysia dan beberapa blog pro UMNO telah membuat tuduhan bahawa ada sekumpulan paderi yang turut melibatkan pimpinan DAP Pulau Pinang terlibat dalam idea untuk menjadikan Kristian sebagai agama persekutuan.

Tuduhan ini sebagai satu usaha untuk memalitkan Pakatan Rakyat dengan agenda itu. Namun demikian, Pimpinan Pakatan rakyat telah menegaskan bahawa Pakatan rakyat telah mempateri Islam sebagai agama rasmi persekutuan apabila Pakatan Rakyat memerintah kelak.

No comments:

Post a Comment