Wednesday 11 May 2011

WARGA INDIA HIDUNG BELANG ADALAH FITNAH


Saudara Pengarang,

Merujuk perkara diatas, saya ingin maklumkan kepada pihak tuan bahawa saya sangat kesal dengan artikel yang telah diterbitkan oleh website Sabahkini.net bertarikh 08 Mac 2011 bertajuk ‘Warga India Hidung Belang’.

Artikel tersebut adalah suatu kenyataan yang mengelirukan dan berunsur fitnah oleh seseorang yang mempunyai niat jahat bagi merosakkan reputasi sebuah restoran (Di Tawau Sabah) dengan menyebarkan berita yang tidak benar tentang seorang pekerja kami yang telah pulang ke India untuk bercuti.

Penulis artikel tersebut yang menyembunyikan identitinya daripada pihak berwajib, sengaja mereka cerita bagi merosakkan perniagaan Restoran yang berjalan lancar dan maju dengan memfitnah seorang pekerja kami yang telah pulang bercuti ke Negara asal (India).

Sekiranya penulis yang amat sayangkan negeri Sabah itu, benar-benar prihatin terhadap isu pembuangan bayi, maksiat yang berlaku di negeri Sabah, sepatutnya beliau terus melaporkan perkara yang difitnah itu kepada pihak berwajib sebaik saja beliau mengetahui apa yang berlaku ketika pekerja yang dituduh itu masih berada di negeri Sabah.

Malah penulis memilih untuk menyebarkan ‘berita palsu’ ini melalui laman web supaya lebih ramai orang mengetahui isu tersebut dan dengan itu pelanggan akan memboikot dari datang berkunjung ke Restoran kami. Inilah matlamat utama penulis artikel tersebut.

Kami ingin menegaskan bahawa kenyataan penulis artikel yang tidak berani mendedahkan identitinya adalah suatu pendustaan yang berniat buruk yang ingin menghancurkan perniagaan Restoran kami. Oleh yang demikian, besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan dapat memadamkan atau mengeluarkan artikel tersebut dari laman web sabahkini dengan segera.

Sekiranya pihak tuan memerlukan maklumat lanjut, kami bersedia berkerja sama dengan pihak tuan pada bila bila masa.

Bagi pihak Restoran, kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala kerjasama dari pihak tuan.

Sekian dan Terima Kasih.

ABDULLAH BIN MOHD.

(NOTA: Adalah menjadi Dasar Sabahkini.net bahawa pihak kami hanya akan mengeluarkan artikel berkenaan sekiranya tuan mendapat injunksi atau perintah mahkamah)

No comments:

Post a Comment