Sunday 15 May 2011

WARGATUA BAKAL DIAMI RUMAH BARU



SIAP….Kurup menyertai gotong royong siapkan rumah rakyat di kawasannya.

Oleh : ROZIE JUMAT

SEPASANG warga emas yang tinggal di sebuah rumah usang bakal mendiami rumah mereka tidak lama lagi. Pembinaan rumah konkrit telah disumbangkan oleh Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup kini sedang giat disiapkan melalui aktiviti gotong-royong yang dijalankan oleh Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Bahagian N.37, Sook.

Ketua Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) N.37 Sook, Kahirin Bador berkata, pasangan Andiwal Iwam,71, dan isterinya, bakal menduduki rumah itu tidak lama lagi.

“Pada ketika ini kami telah menyiapkan 80 peratus binaan rumah ini, kemungkinan dalam masa 8 hari ini rumah itu akan siap dan boleh didiami oleh pasangan tersebut,” kata Kahirin, yang ditemui ketika mengadakan gotong royong menyiapkan rumah di Kg.Kuala Biah di sini.

Turut hadir membantu menyiapkan rumah itu ialah Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup, Pergerakan Pemuda PBRS Sook, Wanita PBRS, anggota RELA dan penduduk kampung yang turun tangan secara sukarela.

Pasangan itu mendapat perhatian Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan ketika mengadakan lawatan ke rumah pasangan itu di kampung tersebut pada Januari lalu.

No comments:

Post a Comment