Friday 17 June 2011

751 RUMAH DI SABAH DAPAT KEMUDAHAN ASAS



SEBANYAK 751 rumah di kawasan luar bandar di negeri ini menerima kemudahan bekalan air dan elektrik yang dilaksanakan melalui Infrastrukur Asas Luar Bandar di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Afdal berkata daripada jumlah itu, 694 rumah menerima bekalan air dan 57 rumah menerima bekalan elektrik 24 jam.

Katanya bagi penyediaan jalan raya berturap dan batu kerikil, 95.50 kilometer (km) sudah siap dibina di negeri ini.

"Untuk tahun ini, sebanyak 18,063 rumah di negeri ini menjadi sasaran disambung bekalan air diikuti 4,509 rumah untuk bekalan elektrik dan pembinaan 366.67 km jalan raya berturap atau batu kerikil," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kinabatangan di sini, pada Khamis.

Beliau berkata di Sarawak, sebanyak 2,321 rumah sudah disambung bekalan air dengan sasaran 13,024 rumah, 1,950 rumah (bekalan eletrik) dengan sasaran 21,792 rumah dan 78.44 km (jalan raya) dengan sasaran 222.95 km.

Katanya di Semenanjung Malaysia pula, bekalan air sudah disambung ke 1,591 rumah dengan sasaran 27,000 rumah, 339 rumah (bekalan elektrik) dengan sasaran 581 rumah dan pembinaan 192.91 km (jalan raya) dengan sasaran 315.50 km.

Mohd Shafie yakin sasaran itu akan dapat dicapai oleh kementeriannya menjelang hujung tahun ini bagi membantu penduduk miskin di kawasan luar bandar di seluruh negara. (BERNAMA)

12 comments:

  1. Bagus kalau macam ini. Harap rumah-rumah yang lain akan mendapat kemudahan asas juga dan jalan raya akan siap dibina.

    ReplyDelete
  2. Semoga lebih banyak usaha untuk membantu rakyat dibuat.

    ReplyDelete
  3. Gunakanlah kemudahan2 ini dengan baik.

    ReplyDelete
  4. rakyat harus bersyukur atas bantuan yang sudah disalurkan oleh kerajaan. harap rakyat menghargainya.

    ReplyDelete
  5. baguslah. teruskan usaha untuk menyediakan kemudahan kepada rakyat.

    ReplyDelete
  6. saya harap tahun ini akan belaku lebih banyak penambahbaikkan terhadap kemudahan2 asas di negeri ini..

    ReplyDelete
  7. Baguslah kalau macam itu. Harap semua tempat yang mengalam masalah begini pun akan mendapat kemudahan asas seperti 751 buah rumah ini.

    ReplyDelete
  8. diharap golongan sasaran akan mendapat kemudahan asas ini secepat mungkin..

    ReplyDelete
  9. teruskan usaha tersebut..

    ReplyDelete
  10. lakukan apa yang baik dan bermanfaat kepada rakyat..

    ReplyDelete
  11. bgslah jika begitu, harap lebih banyak pembangunan diberikan di kawasan luar bandar.

    ReplyDelete