Tuesday 14 June 2011

ALAHAI PENIAGA DI PINGGAN-PINGGAN




Saudara Pengarang,

SEWAKTU saya ke rumah kawan saya di Pitas pada 11 Jun lalu, saya sempat singgah di kawasan gerai menjual ikan di Pinggan-Pinggan, tetapi saya mendapati kawasan tersebut sangat kotor dan tidak ada tandas bersih disediakan.

Saya difahamkan bahawa gerai tersebut sudah lama beroperasi di atas tanah persendirian. Semua gerai dikenakan sewa RM20 sebulan oleh pemilik tanah.

Saya sempat berbual seorang penjual pisang yang mengakui sanggup membayar sewa RM50 sebulan jika gerai tersebut dinaiktaraf dengan penyediaan tandas yang terjaga kebersihannya.

Walaupun isu ini tidak ada kena mengena dengan saya, tetapi sebagai rakyat Sabah yang prihatin dengan nasib bangsanya, saya kasihan melihat orang kita, apatah lagi Majlis Daerah Pitas dan Kementerian Kesihatan Malaysia bagaikan tidak mempedulikan langsung faktor kebersihan dan keselesaan pengunjung dan peniaga.

Mungkin agak keterlaluan jika saya katakan mereka tersilap memilih Adun dan Ahli Parlimen kerana wakil rakyat yang mereka pilih adalah pemimpin yang buta hati dan perasaan, langsung tidak berusaha untuk memperbaiki dan menaiktaraf kemudahan sedia ada di tapak baru yang lebih selesa dan strategic.

Salam Hormat,

PIRING PIRING

14 comments:

  1. harap pihak MPS akan segera mengambil tindakan berhubung masalah yang dihadapi oleh peniaga di Pinggan Pinggan.

    ReplyDelete
  2. harap pihak Majlis Daerah Pitas (MDP) akan segera mengambil tindakan berhubung masalah yang dihadapi oleh peniaga di Pinggan Pinggan.

    ReplyDelete
  3. sepatutnya dalam soal kebersihan, peniaga itu sendiri boleh membersihkan kawasan tersebut.

    ReplyDelete
  4. Mereka perlu ada inisiatif sendiri dalam bab kebersihan. Sama2 jaga kebersihan apatah lagi mereka sebagai peniaga harus menunjukkan imej yang bersih walau serba kedaifan.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kepada penulis yang prihatin. Sedikit sebanyak membantu agar masalah ini mendapat perhatian daripada pihak yang berwajib.

    ReplyDelete
  6. Couldn't agree more with Shiro's comment. We can't fully blame the authorities. The hawkers themselves should also make an effort to clean that place.

    ReplyDelete
  7. Neway, I hope this matter will be brought into attention to the responsible authorities.

    ReplyDelete
  8. Ya mmg kotor.. Saya pun tak selesa beli ikan disana. Tapi apa boleh buat pilihan terhad. huhu

    ReplyDelete
  9. Harap perkara ini mendapat perhatian sewajaranya daripada pihak yang berkaitan.

    ReplyDelete
  10. The stall owners should discuss this with the land owners about this matter. Try to negotiate with them to upgrade the facilities.

    ReplyDelete
  11. harap pekara ini dapat diberikan perhatian dan menjaga kebersihan juga adalah tanggungjawab semua.

    ReplyDelete
  12. minta lah pemilik tanah menyediakan semua kemudahan2 itu.. yang penting semua peniaga setuju jika kadar sewa dinaikkan..

    ReplyDelete
  13. soal kebersihan adalah tanggungjawab semua pihak, tempat itu takkan kotor jika mereka menjaga kebersihan. pasal kemudahan tu, harap pemilik tempat itu sediakan.

    ReplyDelete
  14. Harap pemilik tanah akan menaiktaraf tempat berniaga ini. Kebersihan perlu diutamakan.

    ReplyDelete