Saturday 18 June 2011

AWAS JURURAWAT BERTARING HAUS DARAH!



Oleh : SHAIMON S JUMADI

SEKITAR 1982, dalam bulan Februari, kejadian mengerikan dan meremang bulu roma ini bukan direka-reka, tetapi memang pernah berlaku di Hosiptal Besar Tawau.

Seorang Bugis, dalam lingkungan umur 50-an, sakit teruk tetapi tidak juga menemui ajal sekalipun sudah nazak beberapa hari sambil menyebut perkataan, “lemba, lemba”. Dalam bahasa Bugis lemba bermaksud ‘Pindah’ tetapi malangnya tidak ada jururawat yang mengerti atau mahu melayan pesakit yang berada di penghujung nyawa.

Keesokan harinya, pesakit itu menyebut lagi perkataan ‘lemba’ sambil menghulurkan sebelah tangan kanannya dan dengan pantas menggenggam tangan kanan jururawat yang merawatnya sambil menyebut ‘lemba’ berulang kali sehingga menghembuskan nafas yang terakhir.

Tanpa siapa sedari, rupa-rupanya pesakit Bugis tadi mempunyai ilmu yang mesti diturunkan atau dipindahkan ke tubuh orang lain sebelum boleh menghembuskan nafas terakhir; jika tidak akan tetap hidup sekalipun tubuhnya sudah mati.

Agak malang bagi jururawat tadi kerana segala ilmu pesakit tadi telah menyerap ke seluruh tubuhnya sehingga seluruh daerah Tawau menjadi kecoh apabila mengetahui kejadian tersebut menimpa terhadap seorang jururawat.

Semasa jururawat tersebut ditugaskan di wad bersalin, dia membidankan seorang wanita bersalin tetapi sebaik sahaja nampak darah, tidak semana-mana wajah jururawat tadi berubah, lantas mengeluarkan sepasang (siung) taring daripada mulutnya; persis ‘Drakula’.

Perempuan yang bersalin tadi terkejut dan menjerit hysteria apabila melihat kejadian yang aneh itu untuk meminta pertolongan kerana ketakutan. Orang ramai yang mendengar jeritan seram itu bergegas datang menghampiri mangsa tersebut.

Mereka bertambah seram dan kaku apabila terlihat mulut jururawat itu berlumuran darah, namun doktor bertugas segera membawa jururawat tersebut ke bilik kuarantin sebagai langkah kemungkinan untuk mengelak daripada bertindak lebih ganas.

Ekoran daripada insiden tersebut, selang beberapa hari dengar khabarnya jururawat terbabit telah dipindahkan ke Hospital Daerah Semporna, namun kejadian serupa terus berlaku di Semporna.

Akhirnya, Jururawat tersebut dipindahkan ke Hospital Besar Lahad Datu dan berlaku juga kes yang serupa lalu dipindahkan lagi ke Hospital Duchess of Kent Sandakan; namun gagal mengelak kejadian seram berkenaan daripada terus berlaku kerana Jururawat tersebut tidak sedar ketika menghisap darah pesakit.

Saya masih ingat lagi, pada masa itu isteri saya baru mengandung anak kedua saya dan semakin sarat tetapi akibat daripada cerita yang dijaja dari mulut ke mulut, ramai ibu mengandung tidak berani lagi bersalin di Hospital Duchess of Kent Sandakan; termasuklah isteri saya.

“Akibatnya, isteri saya terpaksa bersalin di Kampung Perpaduan BDC, di rumah kakak saya,” kata seorang penduduk Kg Perpaduan BDC yang kini menetap di Taman Mesra iaitu yang dikenali Hassan Sidek.

Selang sebulan selepas kejadian itu berlaku di Sandakan, kata Hassan, Jururawat tersebut yang berketurunan Kadazan ditukarkan ke Hospital Queen Elizaberth, Kota Kinabalu; tetapi setelah itu tiada lagi kedengaran khabar beritanya.

11 comments:

  1. jururawat ini asyik dipindahkan tapi tetap melakukan perkara yang sama. tiadakah cara lain agar perkara yang sama tidak berlaku? contohnya menghentikan perkhidmatan jururawat tersebut. Dikatakan bahawa jururawat sudah dipindahkan ke Kota Kinabalu. jadi pesakit kena berhati-hati.

    ReplyDelete
  2. Kalau jururawat ini mendatangkan masalah, kenapa khidmatnya masih diteruskan? Bukankah bahaya jika kerap kali dipindah-pindahkan?

    ReplyDelete
  3. Itulah..Kenapa tidak kuarantinkan saja jururawat tersebut jika berlaku demikian.

    ReplyDelete
  4. Ntah betul atau tidak cerita ini...

    ReplyDelete
  5. Betul tu NorthSouth. Takkan la palui sangat pihak yang berkaitan dalam menanggani perkara ni kan. huhu

    ReplyDelete
  6. Apapun harap hal ini dapat diselesaikan dengan baik. Tak bgs jugalah jika hal ini sekadar mitos tapi diperbesarkan.

    ReplyDelete
  7. tidak tahu la benar atau tidak.. tetapi kalau sudah tahu jururawat ini boleh membahayakan pesakit, kenapa khidmatnya masih diperlukan? kenapa pihak hospital sanggup menghadapi risiko dengan terus menggunakan khidmat jururawat ini? kadang2 ini yang buat saya rasa tidak logik.

    ReplyDelete
  8. sama ada pekara ini benar atau tidak, kita pun tidak tahu...

    ReplyDelete