Wednesday 15 June 2011

KERAJAAN RUGI RM70 JUTA BATAL LOJI SINAKUT?



Oleh : DATUK ERIC MAJIMBUN

DALAM sidang Dewan Parlimen kelmarin, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah menjawab soalan bertulis saya (Sepanggar) mengenai pembatalan projek penjanaan 300 Megawatt Loji Arang Batu di Sinakut, Tungku.

Menteri KeTTHA mengesahkan bahawa pemilik projek terpaksa membayar pampasan ganti rugi kepada pihak kontraktor USD22.5 juta sebagai pembayaran muktamad bagi kontrak yang telah ditandatangani.

Saya amat kesal di atas kebongkakan kerajaan yang menandatangani perjanjian awal tanpa menjalankan laporan EIA terlebih dahulu sehingga menyebabkan kita kerugian sebanyak RM70 juta.

Tentunya kerugian ini boleh membangunankan lebih banyak infrastruktur di Sabah, terutama untuk menaiktaraf hidup dan mengeluarkan rakyat Sabah daripada kekangan Miskin Tegar.

Jumlah tersebut juga boleh digunakan untuk membayar elaun Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK dan JKDB sejumlah RM800 seorang seperti yang dijanjikan Perdana Menteri dalam Bajet 2011 bermula sejak Januari 2011, tetapi sehingga kini belum dilaksanakan di Sabah.

Kerugian ini, kata Eric bolehlah disifatkan sebagai ‘berniaga buluh kasap, hujung dapat, pangkal lesap!’

9 comments:

  1. Harap penjelasan diberikan oleh pihak yang terlibat.

    ReplyDelete
  2. sepatutnya ada laporan EIA terlebih dahulu. tengok, betapa ruginya kerajaan membayar pampasan kontrak yang sudah ditandatangani tapi projek pula tidak dapat dijalankan.

    ReplyDelete
  3. Macam mana perkara ini boleh berlaku? Takkan tiada perbincangan terperinci sebelum keputusan dibuat?

    ReplyDelete
  4. yang penting projek itu tidak dilaksanakan.. lagi besar kerugiannya jika dilaksanakan.. apa2pun memang silap kerajaan menandatangani awal perjanjian itu..

    ReplyDelete
  5. setuju dengan nickko, yang penting projek tersebut tidak lagi dilaksanakan.

    ReplyDelete
  6. Apa2 pun, penjelasan perlu dilakukan agar hal ini tidak menjadi suatu isu yang akan dipolitikkan lagi.

    ReplyDelete
  7. itu kesilapan kerajaan kena tak menjalankan laporan EIA terlebih dahulu, jgn ulangi lagi kesilapan seperti ini.

    ReplyDelete
  8. Tidak perlulah salahkan sesiapa dalam hal ini. Kerajaan melakukan semua ini kerana ingin membantu rakyatnya. Tapi tidak sangka begini pula jadinya.

    ReplyDelete