Monday 20 June 2011

DESAKU BERSIH HIDUPKU AMAN, TUGAS BERAT KK



Oleh : SHAIMON S JUMADI

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kuamut yang juga merangkap Ketua Bahagian UPKO Kinabatangan, Masiung Bannah menyarankan semua Ketua Kampung mahupun pemimpin akar umbi agar peka terhadap aspek kesihatan, jasmani dan kebersihan diri masing-masing.

Selain itu, kata Masiung, mereka juga perlu menitikberatkan penjagaan kebersihan alam sekeliling terutama persekitaran kampung, ketika berucap semasa merasmikan seminar sehari ‘Desaku Bersih, Hidupku Aman’ yang dilangsungkan di Dewan Tawoi Marato, Kampung Usaha Jaya, Kuamut, kelmarin.

Seminar sehari itu khusus untuk Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Ketua Kampung dan Kapitan Cina.

Kata Masiung lagi, setiap Ketua Kampung yang dilantik seharusnya dapat mempromosikan aspek kesihatan dan kebersihan kepada masyarakat setempat selain dapat menjalankan tugas dengan baik, selaras dengan amanah kerajaan terhadap tanggungjawab dan peranan ketua kampung.

“Pemimpin akar umbi seandainya peka terhadap aspek kesihatan diri bukan sahaja dapat dicontohi penduduk kampung, bahkan dapat membantu kerjaan dalam mewujudkan persekitaran hidup aman dan bersih,” jelas Masiung.

Masiung menyatakan, sebagai pemimpin yang menjadi tunjang dan tulang belakang kerajaan, mereka perlu memastikan budaya samseng tidak menular kepada belia dan beliawanis bersesuaian dengan tema seminar yang diadakan pada hari ini.

Katanya, program seumpama ini hanya tidak sampai di sini sahaja, bahkan ia akan berlanjutan dari semasa ke semasa dengan tujuan menyedarkan segelintir ketua-ketua Kampung yang menjalankan tugas sambil lewa sahaja tanpa menitikberatkan suasana keadaan kampung yang diwakilinya.

“Perangai dan sifat-sifat tidak amanah yang dilakukan oleh segelintir Ketua-Ketua Kampung di setiap peringkat menjuruskan kepada kecacatan dan kepincangan dalam sistem pentadbiran kerajaan BN yang ada sekarang,” tegas Masiung.

7 comments:

  1. Harap semuanya berjalan lancar.

    ReplyDelete
  2. Ketua Kampung dan pemimpin akar umbi memainkan peranan penting untuk membawa perubahan positif kepada penduduk kampung. Kerjasama daripada semua pihak akan memudahkan perkara ini.

    ReplyDelete
  3. Dengan keadaan persekitaran yang bersih pasti ketenangan dapat dirasai oleh penduduk. Mengeratkan perhubungan sesama penduduk kampung tidak kira tua atau muda.

    ReplyDelete
  4. sebaiknya ketua kampung menjadi contoh dan 'role model' kepada penduduk di bawah jagaannya.

    ReplyDelete
  5. kebersihan dan keindahan alam sekitar mmg harus kita utamakan.

    ReplyDelete
  6. kerajaan juga perlu sama2 memainkan peranan dalam penjagaan alam sekitar. kadang2 keperihatinan rakyat terhadap alamsekitar lebih kehadapan berbanding dengan kerajaan.

    ReplyDelete
  7. setiap lapisan pemimpin dan masyrakat harus bersama-sama berperanan dalam menjaga kebersihan dan alam sekitar.

    ReplyDelete