Wednesday 1 June 2011

ELEKTRIK DICATU, TARIF BARU BERCELARU



Oleh: CHANG SHAK HUNG

KENAIKAN tarif elektrik yang berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia bermula pada 1 Jun 2011, merupakan satu pengumuman yang langsung tidak memberi kebaikan dan kesenangan kepada penduduk di Sabah amnya dan di Sandakan khususnya.

Penduduk di Sabah sedang menanti penuh debaran dengan pengumuman yang akan dibuat oleh Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dalam masa terdekat berhubung dengan kenaikan tersebut.

Persoalan utama yang perlu diajukan kepada pihak kerajaan yang dipimpin oleh kerajaan Barisan Nasional adalah, adakah wajar kenaikan tarif berkenaan sedangkan pengumuman tersebut menyatakan bahawa 75% pengguna domestik tidak mendapat tempiasnya. Kerajaan pandai bermain kata dan memutar cara pengumuman sedangkan kesemua pengguna komersial dan industri telah terkena tempias untuk menaikkan tarif elektrik.

Di Sabah terutamanya di Sandakan, kita berhadapan dengan tiga permasalahan utama iaitu masalah bekalan air, masalah gangguan bekalan elektrik dan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya yang rosak dan teruk.

Melalui permasalahan tersebut, gangguan elektrik yang sentiasa menghantui penduduk di Sandakan ini begitu teruk dan boleh dikatakan hampir kawasan terlibat dan bezanya cuma menunggu masa gangguan bekalan elektrik ini berlaku.

Kita tidak perlu menunggu gangguan ini berlanjutan selama 3 jam, sekiranya gangguan berlaku setakat 30 minit sahaja, ia akan memberi ketidakselesaan dan gangguan kepada pemilik rumah terutamanya apabila mereka hendak menyediakan makan malam mahupun membuat persiapan untuk anak-anak ke sekolah.

Sudahlah terdapat gangguan yang kerap berlaku, namun perlu dinaikkan lagi tarif elektrik di Sabah? Bukan itu sahaja, umum mengetahui sebaik saja ada kenaikan untuk harga minyak dan gula, kita tidak dapat lari daripada kenaikan harga barangan. Inikan pula dengan kenaikan tarif elektrik yang melibatkan komersial dan industri, barangan serta produk keluaran mereka sudah pasti akan dinaikkan harga dan yang menjadi mangsa untuk kenaikan tarif ini adalah kepada pengguna itu sendiri.

Kerajaan sering menyatakan pengurangan subsidi secara berpeingkat-peringkat namun kenyataan tersebut tiada bezanya memandangkan pengurangan dan penghapusan subsidi ini akan menyebabkan para pengguna yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, perlu menanggung peningkatan kos produk dan perkhidmatan.

Kadar inflasi juga turut meningkat. Kadar faedah pinjaman rumah dan kereta juga meningkat. Kos sara hidup pengguna akan meningkat. Paling penting, beban hidup penduduk miskin, miskin tegar dan golongan muda serta mereka yang berpendapatan sederhana akan menjadi mangsa daripada ketidak munasabahan kenaikan tarif elektrik berkenaan.

Sungguhpun kenaikan tersebut tidak melibatkan penduduk domestik secara menyeluruh serta diskaun 10% ke atas bil eketrik bulanan yang sedang dinikmati sekolah dan institusi pengajian tinggi kerajaan, rumah ibadat dan badan kebajikan berdaftar degan kerajaan masih dikekalkan; namun ia langsung tidak mendahulukan rakyat terutamanya penduduk di Sandakan ini.

Kerajaan memberikan alasan bahawa kenaikan harga gas asli kepada sektor tenaga telah meningkat daripada RM10.70/mmBTU kepada RM13.70/mmBTU, namun menjadi tanggungjawab pihak kerajaan untuk menjaga rakyat dengan mengamalkan perbelanjaan berhemah dan bukannya menyuruh penduduk Malaysia yang perlu berbelanja dan menggunakan elektrik secara berhemah!

10 comments:

  1. Electricity supply in Sabah is still insufficient, but the tariffs is going to increase again.

    ReplyDelete
  2. Solve the electricity issues first before increasing the tariffs.

    ReplyDelete
  3. kenaikan tarif elektrik akan meningkatkan kos hidup rakyat.

    ReplyDelete
  4. sepatutnya kerajaan mengambil kira permasalahan rakyat sebelum menaikkan tarif elektrik.

    ReplyDelete
  5. The Sandakan Chinese Chamber of Commerce (SCCC) sec Stephen Wong said Sabah power rate should stay. Sabah infrastructure development is insufficient and things are more expensive compared to in the Peninsula.

    ReplyDelete
  6. harap kepentingan dan keperluan rakyat sentiasa diambilberat.

    ReplyDelete
  7. tarif elektrik di sabah tidak payahlah dinaikkan kerana bukan setiap hari ada elektrik..selalu black out...

    ReplyDelete
  8. lagipun situasi di semenanjung dan sabah adalah berbeza...

    ReplyDelete
  9. mana2 parti yang membentuk kerajaan pasti berhadapan dengan kesukaran membuat keputusan seperti ini. pembangkang juga tidak terlepas dari berhadapan situasi2 seperti ini jika mereka yang mentadbir negara ini. tidak ada kerajaan di dunia ini yang sanggup merisikokan kedudukan mereka dengan menyusahkan rakyat.. semua keputusan ini telah melalui satu proses pertimbangan yang rumit.. entah la jika ada parti politik di negara ini yang boleh memberikan jaminan semua harga barang dan perkhidmatan di negara ini akan kekal selama2nya jika mereka mentadbir negara ini..

    ReplyDelete
  10. apa yang perlu kerajaan lakukan lagi bagi memastikan masalah sebegini tidak berlaku. Sebaiknya rakyat tahu apa yang kerajaan lakukan pasti ada sebab lain dan bukannya suka-suka menarik subsidi.

    ReplyDelete