Wednesday 1 June 2011

KABEL TELEKOM ATAU PENANDA SEMPADAN?



Oleh : MEDIA DAP

PEMILIK tanah di Kampung Pangasan, Jalan Bantayan, Inanam meminta agar Telekom Malaysia bertindak segera kerana kabel telefon telah menceroboh tanahnya dan menyebabkan gangguan kepada kanak-kanak yang sering bermain di situ.

Ketua Bahagian DAP Sepanggar, Jeffrey Kumin yang menerima aduan daripada pemilik tanah tersebut dengan segera pergi meninjau keadaan kabel yang dimaksudkan dan mendapati bahawa keadaan kabel itu terlalu rendah sampai tersentuh ke tanah.

“Ini sangat-sangat merbahaya kepada penduduk kampung yang tinggal berdekatan yang melalui tempat tersebut setiap hari dan kanak- kanak yang bermain bola sedangkan kabel merentang di tanah seperti penanda sempadan,” ujar Jeffrey.

Menurut Jeffrey yang juga Setiausaha Organisasi DAP Sabah, pemilik tanah memberitahu beliau bahawa dia telah mengadu hal ini kepada pihak berkuasa beberapa kali tetapi sampai hari ini tiada tindakan susulan yang telah diambil sehingga masalah tersebut berlarutan selama lebih enam bulan.

Sehubungan ini, Jeffrey meminta agar pihak Telekom Malaysia memandang perkara ini dengan serius dan mengambil tindakan segera memindahkan kabel ini ke tempat yang lebih selamat sebelum terjadi perkara -perkara yang tidak diingini.

Menurut Jeffrey, para pelanggan Telekom juga mengadu kepada beliau bahawa sering berlaku gangguan ketika membuat panggilan dan sukar melayari internet.

8 comments:

  1. Hope that Telekom will take action regarding this.

    ReplyDelete
  2. It's too dangerous especially for the people who lives there.

    ReplyDelete
  3. keadaan ini sangat bahaya dan pihak Telekom perlu bertindak dengan segera bagi mengelakkan perkara-perkara tidak diingini berlaku.

    ReplyDelete
  4. Telekom harus ambil tndakan segera, ia terlalu berbahaya kepada penduduk.

    ReplyDelete
  5. Bahayanya kepada kanak2. Telekom perlu segera selesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
  6. harap pekara ini akan diambil perhatian dan diselesaikan.

    ReplyDelete
  7. pemilik tanah membuat aduan kepada siapa sebenarnya?? kenapa tidak terus kepada telekom?.. adakah DAP telah berjumpa dengan pihak telekom untuk mendapatkan penjelasan sebelum menyiarkan aduan ini?? atau sekadar mengambil kesempatan disebalik kesempitan rakyat..

    ReplyDelete
  8. Kabel telefon??Telekom harus bertindak cepat sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.

    ReplyDelete