Saturday 11 June 2011

EPAL FILIPINA MULA POPULAR DI SABAH



EPAL…..Buah ini boleh ditanam secara komersial.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SIDEK KOLO

MUNGKIN ramai di kalangan penduduk di negeri ini kurang tahu tentang wujudnya sejenis buah mirip seperti buah limau bali berwana kehijau-hijauan, lagipun buah ini jarang-jarang terdapat di pasar berhampiran.

Sebenarnya, pokok buah ini memang banyak ditaman di daerah Sandakan, khususnya di Batu 25, Jalan Labuk. Buah ini ketika masak ranum rasanya memang manis tetapi kulitnya tetap tidak berubah, baik ketika muda atau matang.

Gambar buah ini kiriman saudara Sidek Kolo iaitu Pegawai Perhubungan Parlimen Papar melalui email kepada Sabahkini.Net Wilayah Sandakan semalam. Jika di Sandakan buah ini dinamakan sebagai ‘Philippines Apple’ kerana berasal daripada negara jiran.

Entah apakah nama buah ini di kalangan masyarakat di daerah lain tetapi pokok buah Epal Filipina ini boleh ditanam secara komersial kerana mempunyai pasaran yang luas.

MARKISA….. Buah ini amat berkhasiat untuk kadar tekanan darah tinggi

Seperti buah Markisa yang tumbuh meliar di hutan di Sabah sebelum ini ditanam secara komersil di zaman Berjaya tetapi tidak sama dengan yang diimport daripada Afrika.

Sekitar 1970-an, buah Markisa paling popular di Sandakan dan ditanam secara komersial oleh beberapa peladang termasuk di kebun seluas lima ekar di Batu 13, Jalan Labuk, tanah kepunyaan bapa mertua mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Tham Nyip Shen, turut menanam buah markisa ini.

Harganya pernah mencecah antara RM5 sehingga mencecah RM7 sesuai untuk dibuat jus minuman tetapi sejak kebelakangan ini, sukar untuk mendapatkannya sekalipun buah Markisa mujarab untuk menurunkan kadar tekanan darah tinggi dan juga kencing manis.

16 comments:

  1. This fruit can help reduce high blood pressure and diabetes?

    ReplyDelete
  2. Jika baik untuk kesihatan pasaran akan meluas dan akan mengaut keuntungan yang banyak.

    ReplyDelete
  3. Boleh lah diperbesarkan pasaran buah ini.

    ReplyDelete
  4. dulu di kampung kami, ahli kumpulan Koperasi Pembangunan Desa giat menanam markisa ni untuk dipasarkan dan dijadikan satu produk makanan. tapi sekarang tidak lagi kerana tanaman nanas madu pula yang diusahakan secara kerjasama antara ahli.

    ReplyDelete
  5. If this fruit good to reduce high blood rate of loading and also diabetes, thus it need to be marketed widely.

    ReplyDelete
  6. rasanya jika buah ni diperluaskan tanamannya, adakah ia dapat bersaing dengan buah epal yang diimport dari luar negara?

    ReplyDelete
  7. Fruits also such as trend "fashion" nowadays. Good to hear that the member of KPD are cooperating to commercialize the nanas madu.

    ReplyDelete
  8. Never heard of this fruit before. Looks like its a fruits with many health benefits.

    ReplyDelete
  9. All the best in marketing this fruit widely.

    ReplyDelete
  10. I love markisa. Ya markisa mmg popular di Sandakan :)

    ReplyDelete
  11. Semoga cadangan ini diberi perhatian. Mana tau ia mampu mendatangkan sesuatu yang positif.

    ReplyDelete
  12. jika buah ini mempunyai khasiat yang tinggi penanamannya berpotensi untuk dimajukan.

    ReplyDelete
  13. waa, bagus juga tanam buah ni.. kalau bukan untuk pasaran pun ia tetap berbaloi untuk kegunaan sendiri.

    ReplyDelete
  14. jika buah ini berpontensi untuk dikomersialkan, lebih baik kita usahakannya.

    ReplyDelete
  15. Kalau benar mudah untuk ditanam, agak sesuai untuk dijadikan tanaman komersil.

    ReplyDelete
  16. kat kampung sy buah ni banyak sangat...markisa...tumbuh menjalar di segenap pokok...org kampung sy x gemarkannya dan jika ditanam nak jual kat mana? Bagi pekerja Indo yg dtg ke tempat sy, mereka amat sukakannya n mereka kata inilh buah yg dibuat jus masa raya....

    ReplyDelete