Sunday 12 June 2011

GREEK CONTOH NASIONALISME UNGGUL



LEPAS….Kurup bersama Pemimpin Kemajuan Rakyat Sook, Charles Ikang melepaskan bibit ikan di Sungai Kindasan bagi tujuan tagal. Turut sama PJKKK Pomin Yitus dan KK Yamurong.

Oleh : ROZIE JUMAT

GENERASI muda harus mempunyai sikap jatidiri yang kuat untuk mempertahankan dan melindungi kepunyaan mereka.

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup berkata, sikap itu sangat penting kerana ia adalah elemen sayang kepada bangsa dan negara.

Beliau berkata demikian di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena Perayaan Pesta Kaamatan Kg. Kindasan, Keningau.

Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan mengambil contoh negara Greek mempertahankan negara mereka daripada dijajah oleh bangsa lain.

Tambahnya, orang Greek menjaga bangsa dan melindungi tanah mereka. Orang muda bersatu hati mempertahankan negara mereka. Anak-anak muda kita harus mencontohi semangat empayar tersebut yang bertahan kerana kekuatan mereka yang bersatu hati.

“Kita mesti ada semangat melindungi kawasan kita,” ujar Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia.

Kata Kurup, beliau berbangga dengan pencapaian masyarakat di kawasan Sook yang telah melalui banyak perubahan. Bagaimanapun katanya masih banyak yang perlu dilakukan untuk memajukan kawasan tersebut.

Beliau juga menasihati golongan belia bahawa kelayakan akademik saja tidak mencukupi. Mereka harus menerima cabaran masa kini yang lebih mencabar di hadapan mereka.

Sebelum itu Kurup turut melepaskan anak ikan ke sungai Kindasan untuk tujuan tagal. Di majlis itu, Kurup turut meluluskan permintaan gilingan padi oleh masyarakat di kampung itu.

Kurup juga mengingatkan rakyat bahawa pemimpin Barisan Nasional (BN) sentiasa bersama rakyat dan melihat keperluan mereka.

“Kita tetap turun padang, meskipun keadaan jalan yang tidak baik, kerana itu tanggungjawab kami. Pembangkang hanya datang menjelang pilihanraya. Tapi kami (wakil rakyat BN) tetap bersama kamu,” kata Kurup.

Beliau juga mengingatkan rakyat berwaspada dengan golongan tertentu yang diibaratkan sebagai musang berbulu ayam.

“Mereka ini memakai baju BN, memakai topi BN, percakapan pun BN tetapi apabila mereka tidak dipilih sebagai calon pilihanraya, mereka akan menikam dari belakang, kita harus terus menjadi penyokong kuat BN,” ujar Kurup.

Oleh itu kata Kurup, penduduk diminta tidak mudah terpengaruh dengan golongan sedemikian.

8 comments:

  1. Melindungi alam sekitar adalah tanggungjawab bersama.

    ReplyDelete
  2. The youngsters nowadays should work hard for the sake of the country's future.

    ReplyDelete
  3. Generasi muda perlu melengkapkan diri mereka dari segi mental dan fizikal serta rohani untuk berhadapan dengan cabaran yang mendatang.

    ReplyDelete
  4. Semangat patriotik di kalangan rakyat amat penting dan perlu disemai dari awal lagi.

    ReplyDelete
  5. rakyat sentiasa bertungkus-lumus melindungi apa sahaja yang menjadi kepunyaan mereka atau hak mereka. realiti yang berlaku hari ini, para pemimpin yang sepatutnya bertanggungjawab melindungi hak rakyat yang sering kita lihat cuba menceroboh dan merampas hak rakyat.

    ReplyDelete
  6. semua harus bersama-sama menjaga setiap kepentingan dan hak rakyat.

    ReplyDelete
  7. sikap jatidiri mmg perlu kita terapkan diri untuk melindungi hak2 dan kepunyaan kita dari pihak luar.

    ReplyDelete
  8. Kurup harus berusaha untuk memastikan penduduk kawasannya yang dijaga sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Masalah mereka suarakan perlu ditangani secepat mungkin. Pastikan penduduk mendapat sesuatu perkara yang berfaedah dari kerajaan.

    ReplyDelete