Tuesday 14 June 2011

JANGAN DERHAKA KEPADA IBU BAPA



JUARA.....Salah seorang suri rumah dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan tersebut.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SIDEK KOLO

SEMPENA menyambut majlis Hari Ibu dan Bapa 2011 yang diadakan secara besar-besaran bagi peringkat zon Parlimen Papar, anjuran bersama Pusat Khidmat Wakil Rakyat Papar, Puteri UMNO Malaysia dan Pergerakan Puteri UMNO Papar kelmarin mendapat sambutan yang paling meriah di luar jangkaan.

Beberapa acara telah diadakan selain pertandingan nyanyian sebagai sajian utama kepada para penonton dan tidak ketinggalan juga pertandingan yang dinamakan ‘Queen of Mama’ dan ‘King of Papa’ yang menjadi tarikan kepada lebih 600 penduduk setempat yang menyaksikan pertandingan tersebut yang disempurna perasmiannya oleh Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Rosnah Hj Abdul Rashid Shirlin.

Dalam ucapan ringkasnya, Rosnah antara lain berkata, melalui program sebegini ia dapat menjalinkan hubungan mesra antara satu sama lain dalam mewujudkan perpaduan dan keharmoian di kalangan penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum yang ada di Papar, selaras dengan konsep 1 Malaysia.

“Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas kepada pihak penganjur kerana telah berjaya menganjurkan program sempena sambutan Hari Ibu dan Bapa yang diadakan serentak, tanpa sebarang gangguan,” jelasnya.

Selain itu, kata Rosnah, sebagai anak, kita seharusnya mengenang jasa bakti kedua-dua orang tua yang membesarkan dan mendidik kita sehingga menjadi orang yang berguna kepada masyarakat, agama, bangsa dan negera.

Dalam hal ini, tidak dinafikan memang terdapat segelintir anak-anak yang sudah mempunyai kedudukan tinggi berumah besar, kereta mewah beristeri sampai 2-3 orang telah meminggirkan orang tua mereka dan dihantar ke pusat penjagaan seperti ke Rumah-Orang Tua-Tua.

“Cuba kita renungkan sejenak, kalau seorang ibu itu boleh membela 7 orang anak tetapi kenapa 7 orang anak tadi tak boleh menjaga seorang ibu, malahan sanggup dipinggirkan,” jelas Rosnah yang sedih bila mengenangkan nasib orang tua yang disingkirkan oleh anak-anak mereka dan dihantar ke rumah kebajikan.

Kata Rosnah lagi, anak-anak yang sering menderhaka kepada kedua orang tua mereka bukan saja ‘ketulahan’ di dunia, bahkan azab yang bukan kepalang bakal menanti mereka di akhirat kerana Allah tidak akan mengampunkan dosa anak yang derhaka kepada kedua orang tua mereka.

9 comments:

  1. Sambutan ini adalah sangat baik kerana ia meruapakan satu cara untuk menghargai ibu bapa kita.

    ReplyDelete
  2. This is a good event to remind us to appreciate our parents.

    ReplyDelete
  3. Sambutan ini sudah pasti sangat bermakna kepada golongan ibu dan bapa. semoga anak-anak akan terus menghormati dan menghargai ibubapa mereka.

    ReplyDelete
  4. kalau boleh anjurkan majlis seperti ini setiap tahun..

    ReplyDelete
  5. Sambutan sebegini patut dilakukan, at least ia secara tak langsung dapat mendidik masyarakat utk hormat pada ibubapa/org yg lebih tua.

    ReplyDelete
  6. anak-anak perlulah sentiasa berusaha untuk menggembirakan ibu dan bapa mereka.

    ReplyDelete
  7. majlis ini sangat baik dalam memupuk kesedaran kita akan tanggungjawab kita terhadap orang tua kita.

    ReplyDelete
  8. Semoga sambutan sebegini akan terus dianjurkan. tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya membuat program ini mendapat sambutan yang meriah.

    ReplyDelete
  9. betul..tajuknya pun sangat jelas sekali.

    ReplyDelete