Monday 13 June 2011

JANGAN PILIH JALAN PINTAS KE SYURGA!



CERAMAH.....Kelihatan Dr Syarizal sedang menyatakan sesuatu melalaui ceramahnya

Oleh : SHAIMON S JUMADI

‘KATAKAN Tidak Kepada Dadah’ itulah tema sebenar majlis ceramah anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah Sandakan yang diadakan di perkarangan Bangunan Blok 39, Taman Mesra, Jalan Utara Sandakan, kelmarin.

Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir hingga jam 12.00 tengahari telah dihadiri lebih 100 penduduk setempat.

Ketika diwawancara, Pegawai AADK Sandakan, Mansur Mohd Yusof yang bertindak selaku pengerusi penganjur program tersebut menjelaskan tujuan program ini diadakan adalah untuk menyedarkan masyarakat setempat, khususnya golongan belia dan remaja terhadap kesan pengambilan mahupun penyalahgunaan najis dadah.

Katanya, dua orang penceramah yang didatangkan khas terdiri daripada Timbalan Pengarah Jabatan Penjara Malaysia Daerah Sandakan, Abdul Rauf Lang Pasih dan wakil daripada Kementerian Kesihatan, Dr Syarizal Abdul Halim.

Dalam sesi ceramah yang disampaikan oleh Abdul Rauf, beliau berkata golongan belia dan remaja haruslah menjauhi daripada terjebak dengan pengambilan najis dadah.

Rauf menegaskan para remaja dan belia harus menyedari sesiapa yang terlibat dalam pengambilan dadah sehingga ke tahap kritikal sudah pasti akan membawa kehancuran dan kemusnahan hidup.

KHUSYUK…...Para hadirin begitu khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Dr Syarizal.

“Saya tidak menafikan golongan remaja yang mudah terjebak dalam kancah penyalah gunaan dadah kerana terdapat beberapa faktor, antaranya mereka dipengaruhi kawan-kawan sekeliling; selain mencuba dan ketiganya mereka yang bermasalah lantaran untuk mengatasi masalah dan kekusutan fikiran, lantas mengambil jalan pintas terjerumus dengan kancah ini,” jelas Abdul Rauf.

Sementara itu, dalam sesi ceramah yang disampaikan oleh Dr Syarizal turut mengupas kesan sebenar remaja yang terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan najis dadah, mereka bukan saja disingkir daripada masyarakat, bahkan menghancurkan kehidupan dan masa hadapan mereka sendiri.

Seringkali, kata Dr Syarizal, beliau mahupun remaja yang terjebak ini, 70 peratus mereka yang sudah putus asa, kemungkinan ekoran dari putus cinta disebabkan didorong oleh daya pemikiran yang sempit; tanpa memikirkan implikasi, memilih dadah sebagai teman sejati sebagai jalan pintas ke syurga sehingga menemui maut dalam kesesatan.

10 comments:

  1. Drugs brings social ills, say no to drugs.

    ReplyDelete
  2. Remaja masa kini memang mudah terpengaruh dan terjebak dengan masalah sosial terutamanya najis dadah. Golongan ini perlu bijka menilai dan memilih untuk tidak merosakkan masa depan mereka.

    ReplyDelete
  3. Jangan sekali kali terjebak dalam kancah penagihan dadah.

    ReplyDelete
  4. dadah harus dijauhi dan diperangi dengan sehabisnya.

    ReplyDelete
  5. sebenarnya tiada jalan pintas ke syurga. masyarakat terutama golongan belia harus pandai menilai setiap langkah yang mereka ambil dalam hidup. jangan sesekali terjebak dengan gejala dadah kerana ia hanya merosakkan.

    ReplyDelete
  6. majoriti golongan remaja dan belia sedar dan tahu kesan dadah terhadap diri mereka. tetapi kenapa gejala penagihan dadah ini terus berlaku? sebabnya adalah penawaran.. jika pihak berkuasa dapat menghentikan penawarannya, maka permintaan juga akan turut terhenti.

    ReplyDelete
  7. keburukan dadah telah diketahui umum, namun ada jg yang menagih dadah. ingat, dadah bukan penyelesai masalah, ia menambahkan lagi masalah.

    ReplyDelete
  8. Jauhilah dadah, sebelum ia memakan diri sendiri.

    ReplyDelete
  9. Semoga setiap individu akan lebih menyedari bahaya dadah dan tahu apa yang perlu dilakukan.

    ReplyDelete
  10. Benar..Dadah musuh kita dan juga negara. Kerana dadah diri dan negara kita akan binasa.

    ReplyDelete