Wednesday 8 June 2011

JUARA RAKYAT SUKAN CUNGKIL BAKAT



SEPAK…..Jamawi melakukan sepak mula sebagai simbolik permulaan perlawanan akhir.

Oleh: NASUTION NAEJEL

JUARA Rakyat belia dan sukan Pergerakan Pemuda Umno Tenom melabuh tirai temasya itu dengan acara penutupnya kejohanan bolasepak sembilan sebelah yang berlangsung sehari suntuk di padang pekan Tenom.

Ketuanya Jamawi Jaafar, ketika ditemui selepas menutup dengan rasminya acara sukan tersebut menjelaskan bahawa objektif Juara Rakyat belia dan sukan adalah semata-mata memberi peluang kepada segenap lapisan masyarakat belia dan beliawanis mencuba bakat masing-masing.

Tambahnya, penyertaan terbuka kepada semua belia dan beliawanis secara inklusif yang bukan berteraskan kepada keahlian dalam kepartian kerana tujuannya adalah khususnya merungkai dan mengasah bakat bakat yang ada pada diri mereka.

“Kita lihat sahaja misalnya bintang bintang AF yang berasal daripada kampung- kampung dan apabila mereka di ketengahkan dalam AF, mereka berupaya memenangi gelaran itu sebagai penyanyi terbaik, malah ada yang telah menjadi juara kerana mereka berbakat dalam bidang itu, tetapi selama ini tersembunyi,” tegas Jamawi.

Tambahnya lagi, tujuan utama program ini adalah untuk mencungkil bakat-bakat yang pada pada diri mereka dan masa sebeginilah berpeluang melihat setakat mana kemampuan mereka agar mendapat dorongan dan bantuan.

KENANGAN- Jamawi bergambar bersama Juara bolasepak 9 sebelah ULTOM Junior.

Temasya sukan Juara Rakyat belia dan sukan anjuran Pergerakan Pemuda Umno itu sebelum ini, telah berjalan selama tiga hari berturut turut dan beberapa acara sukan telah ditonjolkan untuk dipertandingkan; antaranya, acara Futsal terbuka kepada lelaki dan wanita.

Acara terakhir itu, seramai 68 pasukan telah mengambil bahagian untuk berentap dalam masa sehari suntuk itu apabila pasukan ULTOM JUNIOR dinobatkan sebagai juara keseluruhan setelah mengalahkan pasukan PANGI dengan tendangan penalti 5-3 setelah kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan sehingga tamat perlawanan.

ULTOM JUNIOR yang menjadi Johan membawa pulang sebuah piala dan wang tunai sebanyak RM2,500, manakala pasukan PANGI yang sekadar mendapat tempat kedua mendapat sebuah piala dan wang RM2,000. Pemenang ketiga mendapat RM1,500 dan seterusnya keempat RM700. Daniel Kaluagh dari pasukan ULTOM dinobatkan sebagai Pemain Terbaik dan membawa pulang sebuah piala.

15 comments:

  1. Harap program ini dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan di negeri Sabah.

    ReplyDelete
  2. Program ini boleh dikembangkan lagi ke kawasan atau daerah2 lain agar lebih banyak penyertaan sekaligus memupuk perpaduan di kalangan rakyat.

    ReplyDelete
  3. program seperti ini harus lebih giat dijalankan untuk mencari bakat2 baru dalam bidang sukan.

    ReplyDelete
  4. Satu semangkat kesukanan yang tebal. Amalkan hidup yang sihat dan sentiasa bersukan.

    ReplyDelete
  5. Majulah sukan untuk negara.

    ReplyDelete
  6. baguslah Pergerakan Pemuda UMNO ni bukan bergiat dalam politik saja tapi bergiat dalam sukan juga..

    ReplyDelete
  7. semoga kegiatan sukan seperti ini diteruskan pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  8. program seperti ini bukan saja mencungkil bakat malah, ianya merupakan program yang sihat dan bermanfaat.

    ReplyDelete
  9. This is a good program. Should organize this programme every year.

    ReplyDelete
  10. Through this programme, talent can be spotted.

    ReplyDelete
  11. Program yang mampu cungkil bangkat patut diteruskan.

    ReplyDelete
  12. Jadi makin banyak bakat yang kena cungkil makin banyak jugala pelapis atlet negara. hihi

    ReplyDelete
  13. good.. salah satu cara mendekati golongan belia..

    ReplyDelete
  14. Ini bukan saja mencungkil bakat mereka tapi juga dapat mengeratkan silatulrahim antara penduduk tenom.

    ReplyDelete
  15. This is a good chance for the people to show their talent. Good luck.

    ReplyDelete