Thursday 9 June 2011

KENAPA JPJ TIDAK SAMAN LORI HANTU?



Saudara Pengarang,

SEBAGAI seorang pengguna jalan raya yang sentiasa berulang alik menggunakan jalan raya Sandakan-Lahad Datu, saya ingin memberi sedikit cadangan dan nasihat kepada JPJ Lahad Datu iaitu mengenai 'roadblock' atau sekatan jalan yang sering dilakukan di depan pejabat JPJ Segama, Lahad Datu.

Setiap kali JPJ mengadakan sekatan jalan ini, kenderaan-kenderaan berat seperti lori tangki, lori angkat buah sawit, lori baja dan lori komersial yang popular dengan gelaran ‘Lori Hantu’ akan beraksi seperti 'tikus ternampak kucing' lalu terus meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan, di bahu jalan ataupun di simpang jalan untuk mengelak daripada sekatan jalan ini.

Senario ini adalah permandangan biasa kepada pengguna jalan yang sering menggunakan jalan Sandakan-Lahad Datu kerana semua tahu bahawa tujuan utama mereka bertindak sedemikian adalah kerana 'takut kerana salah'; iaitu mereka yang memandu tanpa lesen, kenderaan tiada cukai, terlebih muatan ataupun kesalahan jalan raya.

Tindakan tidak bertanggungjawab mereka yang meletak kenderaan berat di bahu ataupun tepi jalan sesuka hati demi mengelak diperiksa oleh JPJ adalah satu perbuatan yang tidak bermoral dan secara langsung melanggar undang-undang negara serta membahayakan pengguna jalan raya yang lain!

Saya sendiri mengalami situasi bahaya ini gara-gara sikap tidak bermaruah para pemandu lori ini kerana saya tidak nampak kenderaan lain semasa ingin keluar dari simpang Kilang Sawit Sandau kerana mereka meletakkan lori mereka ini di bahu jalan simpang ini.

Saya kekadang amat hairan kenapa pihak JPJ tidak menyaman mereka ini atas kesalahan meletak kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya dan membahayakan nyawa orang lain ataupun kesalahan yang lain kerana kita 'terang-terang' tahu bahawa mereka ini telah melakukan sesuatu kesalahan undang-undang jalan raya kerana tidak berani melintasi sekatan jalan JPJ ini.

Adakah pihak JPJ ataupun polis trafik tidak mempunyai kuasa dan hak untuk menyaman atau menghalau pemandu lori ini daripada meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan sesuka hati?.

Oleh itu, saya betul-betul berharap pihak JPJ ataupun polis trafik mengambil tindakan yang segera dan tegas terhadap para pemandu lori ini. Jangan nanti berlaku kemalangan jalan raya yang serius, baru tindakan diambil.

Seperti kata pepatah Melayu, 'nasi sudah menjadi bubur', saya sentiasa berdoa kepada Tuhan agar saya sendiri dan pengguna jalan yang lain tidak menjadi mangsa maut jalan raya kepada pemandu lori tidak bertanggung jawab ini!

Salam Hormat,

STEVE.

9 comments:

  1. JPJ sengaja buat2 tidak tahu kah apa ni? Tolong bertindak.

    ReplyDelete
  2. Keselamatan pengguna2 jalan raya yang lain pun perlu dititikberatkan. Jangan bila kemalangan berlaku baru terhegeh-hegeh mahu ambil tindakan.

    ReplyDelete
  3. Agree, JPJ should take action against those drivers who leave those heavy vehicles parked at the road side.

    ReplyDelete
  4. harap pekara ini akan diberikan perhatian demi keselamatan semua pengguna jalanraya dapat dijaga.

    ReplyDelete
  5. JPJ kena laksanakan tanggungjawab mereka dgn baik.

    ReplyDelete
  6. pihak JPJ pasti mempunyai penjelasan mengenai ketiadaan tindakan yang mereka ambil terhadap lori-lori tersebut. seharusnya pihak JPJ menjalankan tugas dengan penuh bertanggungjawab

    ReplyDelete
  7. bukan setakat lori, kadang2 bas mini yang mengambil penumpang tanpa lesen pun turut sama meletakkan kenderaam mereka di bahu jalan atau bersembunyi di ladang2 apabila ada sekatan jalan raya. saya akui situasi seperti ini memang fenomena biasa di Lahad Datu. mustahil pihak JPJ tidak tahu taktik seperti ini..

    ReplyDelete
  8. JPJ harus pergi ketempat mereka yang berhenti dibahu jalan semasa road block dilakukan.

    ReplyDelete
  9. ya, pihak berkuasa harus menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan seterusnya.

    ReplyDelete