Thursday 16 June 2011

KESABARAN PASTI MEMBUAHKAN KEJAYAAN



Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SIDEK KOLO

PENDUDUK di kawasan Parlimen Papar, dinasihatkan supaya bersabar di samping memberikan ruang dan masa khususnya kepada Pejabat Khidmat Wakil Rakyat bagi memproses dan mengemaskinikan serta menilai setiap permohonan yang dibuat.

Pada masa yang sama juga penduduk diseru agar tidak timbul rasa sangsi atau mencurigai sesama sendiri disebabkan kelewatan mendapat projek ini akan menyulit dan menyukarkan kerja-kerja mendapat kelulusan dan pelaksanaan sesuatu kerja yang bakal dikendalikan.

Demikian antara intipati taklimat ringkas, Ahli Parlimen Malaysia (Papar), Datuk Rosnah Hj Abdul Rashid Shirlin ketika melancarkan Projek Bekalan Air Graviti di kampung Ovai baru-baru ini.

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia selanjutnya menjelaskan setiap permohonan, apa juga projek untuk rakyat, ada peraturannya (prosedur) yang perlu dipatuhi; manakala tindakan segera akan diambil berdasarkan kepada keutamaan sesuatu permohonan.

“Atas kesabaran penduduk menunggu projek yang disalurkan oleh kerajaan telah membuah hasil kerana pada hari ini penduduk Kampung Avoi telah mendapat kemudahan asas yang merupakan bekalan air paip Graviti,” kata Rosnah yang mengakui air adalah prasarana penting untuk manusia.

Rosnah menambahkata, dengan kemudahan asas seperti paip graviti ini, telah membuktikan kerajaan Barisan Nasioal (BN) benar-benar prihatin dalam meningkatkan kemajuan dan pembangunan asas.

Kata Rosnah dakwaan yang sering dilemparkan oleh parti pembangkang bahawa kononnya pemimpin kerajaan BN tidak mengambil berat tentang pembangunan dan kesejahteraan penduduknya, terutama kemudahan asas; adalah meleset dan mereka sengaja membuat propaganda untuk menarik perhatian dan simpati daripada rakyat.

Tapi rakyat sekarang, jelas Rosnah, sudah celik mata dan mempunyai daya pemikiran yang rasional serta bijak menilai tentang apa yang telah dibuat oleh kerajaan BN sekarang kepada rakyatnya.

11 comments:

  1. Nampaknya ada progress. Jadi, kena la bersabar.

    ReplyDelete
  2. Penduduk kampung harus bersyukur kerana mempunyai wakil rakyat yang proaktif.

    ReplyDelete
  3. harap penduduk sentiasa sabar untuk menunggu kelulusan setiap projek yang dipohon.

    ReplyDelete
  4. Penduduk harus faham bahawa bukan satu dua saja permohonan yang dihantar kepada kerajaan. Jadi semua ini memerlukan masa dan diharap dapat bersabar.

    ReplyDelete
  5. setiap permohonan ada prosedur yang diikuti. jika kesabaran itu membuahkan hasil, rakyat pasti gembira.

    ReplyDelete
  6. pemimpin2 kerajaan juga sepatutnya tampil membuat penjelasan sekiranya berlaku sebarang kelewatan atau pembatalan projek. rakyat boleh bersabar dan berkompromi dengan kerajaan sekiranya mereka diberitahu puncanya..

    ReplyDelete
  7. ia kini dalam proses, penduduk kena bersabar dan beri ruang untuk Pejabat Khidmat Wakil Rakyat untuk menguruskannya.

    ReplyDelete
  8. Bukan senang untuk meluluskan sesuatu permohonan. Prosuder haruslah diikut untuk semua permohonan. Jadi harap bersabar.

    ReplyDelete
  9. Mungkin, itulah yang patut dilakukan... Sabar...hhmmm:P

    ReplyDelete
  10. Apapun, harap kerajaan tidak akan membiarkan rakyat menunggu terlalu lama. Pennatian tu satu penyeksaan. hehe

    ReplyDelete