Thursday 16 June 2011

KONFLIK PBS SEKONG SELESAI



Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE JUMADI

AHLI-ahli di peringkat Bahagian mahupun di peringkat cawangan hendaklah menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain demi mewujudkan kerjasama dan kesejahtaraan bagi mengukuh dan memantapkan lagi perjuangan parti.

“Jika terdapat sebarang pergeseran atau konflik yang berlaku di dalam parti, tidak seharusnya digembar-gemburkan sehingga melaporkan kepada media untuk pengetahuan umum. Perbuatan seumpama ini telah melanggar etika parti yang dianggotai,” kata Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) kawasan Sekong, Bonney Narseso P Juanico ketika mempengerusikan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Bahagian itu yang diadakan di pejabatnya, di Grand View Sandakan kelmarin.

Bonney bersyukur kerana keretakan dan krisis dalaman parti itu yang berlaku baru-baru hampir membawa kehancuran telah dapat di atasi dengan bantuan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PBS pusat yang diketuai oleh Timbalan Presiden, Almudin Kaida, Naib Presiden Datuk Seri Michael Asang dan Setiausaha Agung, Datuk Hendrynus Amin.

“Dalam kesempatan ini, saya menasihatkan kepada semua ahli sama ada di peringkat Bahagian dan Cawangan, sekiranya terdapat sebarang masalah, terutama sekali rasa tidak puas hati dengan kepimpinan ataupun pentadbiran, hendaklah dibawa ke meja perundingan dan bukannya menghebahkan isu dalaman parti kepada media sehingga diketahui umum,” ujar Bonney yang menyifat mereka yang berbuat demikian sebagai tidak jujur dalam perjuangan.

Mesyuarat yang berjalan selama 3 jam itu yang dipengerusikan Bonney dihadiri seramai 24 orang AJK Bahagian, antara agenda utama yang diperbincangkan ialah penetapan tarikh mesyuarat Tahunan PBS Bahagian itu bagi kali ke 26 yang bakal diadakan sebelum Ogos ini.

Kata Bonney lagi, daripada 25 cawangan yang berdaftar hanya 20 cawangan sahaja yang layak mengadakan mesyuarat Tahunan di peringkat cawangan masing-masing, yang bermula pada Julai ini untuk memilih perwakilan bagi menghadiri mesyuarat Tahunan Bahagian

Sementara 5 cawangan lagi, kata Bonney, wajib mengemaskinikan cawangan-cawangan masing sebelum boleh memohon untuk mengadakan mesyuarat agung setelah menghantar minit mesyuarat bersama senarai keahlian selewat-lewatnya penghujung Julai ini untuk dianalisa dan disahkan oleh pihak Urusetia Bahagian.

15 comments:

  1. PBS perlulah berusaha lagi untuk kemajuan bersama.

    ReplyDelete
  2. harap konflik dalam PBS dapat diselesaikan bukan hanya di kawasan Sekong tetapi seluruh kawasan di Sabah.

    ReplyDelete
  3. syukurla konflik sudah selesai....sekarang tumpuan patut diberikan kepada usaha untuk memantapkan jentera pilihanraya bagi menghadapi PRU13 nanti...

    ReplyDelete
  4. Selesaikan konflik melalui meja perundingan dan tidak bertindak sesuka hati sehingga dihidu media dan dijadikan spekulasi.

    ReplyDelete
  5. Mulai sekarang fokus untuk memperkuatkan jentera pilihanraya bagi menghadapi PRU 13

    ReplyDelete
  6. kenapa la setiap kali berhadapan dengan konflik sesama ahli pasti dibawa ke media? bukankah lebih elok diselesaikan secara tertutup supaya rakyat tidak tahu wujudnya konflik dalaman seperti itu dan secara tidak langsung rakyat berfikir bahawa parti ini stabil dan kukuh.

    ReplyDelete
  7. baguslah sudah selesai..

    ReplyDelete
  8. semua konflik boleh diselesaikan melalui rundingan dan perbincangan..tidak perlu beremosi sehingga membawa padah kepada diri dan parti.

    ReplyDelete
  9. diharap selepas ini, tumpuan dapat diberikan kepada isu2 rakyat yang harus diberi perhatian segera.

    ReplyDelete
  10. baguslah kalau sudah diselesaikan. sekarang ni kembalilah fokus terhadap tugas kepada rakyat.

    ReplyDelete
  11. Itu yang terbaik. Selesaikan masalah dalaman yang berlaku dalam parti. Kerana dengan cara itu dapat memastikan tidak ada salah faham lagi yang timbul.

    ReplyDelete
  12. baguslah, sekarang fokuskan kepada mengukuhkan jentera parti.

    ReplyDelete
  13. Baguslah kalau sudah selesai. Harap lepas ni tidak timbul lagi hal sebegini.

    ReplyDelete
  14. Dengar nasihat yang diber kerana logiknya setiap masalah yang timbul dalam parti tidak sepatutnya digembar-gemburkan. Selesaikan dengan cara yang baik kerana setiap masalah yang timbul pasti ada cara penyelesaian.

    ReplyDelete
  15. Apapun, all the best dan teruskan perjuangan menjaga kebajikan rakyat.

    ReplyDelete