Friday 3 June 2011

MAJLIS KHATAN RINGANKAN BEBAN KELUARGA



SIRAM....Kelihatan Saddi sedang menyiram air sebahagian peserta kanak-kanak yang bakal dikhatankan.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

MAJLIS berkhatan beramai-ramai Mukim Persisiran kawasan DUN Sukau yang membabitkan seramai 60 orang kanak-kanak telah diadakan di Kampung Sepinong, Sukau, Kinabatangan, baru-baru ini.

Program anjuran bersama Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Sukau, Pusat Zakat Negeri dan Cawangan UMNO Kg Sepinong telah tersempurkan oleh Wakil Rakyat Sukau, Datuk Saddi Hj Abdul Rahman.

Berucap di majlis tersebut, antara lain Saddi menjelaskan tujuan program ini diadakan selain meringankan beban kepada ibubapa pereka ia juga mewujudkan silaturahim di kalangan masyarakat Islam setempat.

Katanya lagi, program sebegini hendaklah diteruskan kerana banyak manfaatnya dan ini juga merupakan satu ibadah dan amal jariah yang sememangnya dianjurkan oleh Islam.

Menurut jurucakap penganjur, program ini diadakan adalah merupakan aktiviti tahunan yang bertujuan untuk membantu para ibubapa yang kurang berkemampuan untuk mengadakan majlis khatan anak-anak mereka kerana kosnya agak tinggi berbanding mereka yang menyertai program ini secara PERCUMA!.

No comments:

Post a Comment