Friday 17 June 2011

MOCS SABAH BIDAS SHAFIE APDAL




Oleh : MEDIA MOCs

Pada 15 Jun 2011, bertempat di sebuah hotel di bandaraya Kota kinabalu, Pengerusi MOCs Sabah, Datu Abdul Razak Bin Datu Datu Abdul Salam, anak saudara kepada mantan ‘Bapa Kemerdekaan Sabah, Tun Datu Haji Mustapha Bin Datu Harun antara lain menyentuh beberapa perkara dan isu semasa politik Sabah.

ISU I

1. Menyangkal kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Hishamuddin Tun Hussien mengenai kepimpinan Kerajaan Sabah Datuk Musa Aman yang dilihat gagal menjaga kepentingan mesyarakat Bajausuluk di Sabah.

ISU II

2. Mempersoalkan peranan Naib Presiden UMNO yang berasal Dari Sabah iaitu Datuk Shafie Apdal yang dilihat gagal menjadi pelindung dan memimpin mesyarakat Bajausuluk di Negeri ini. Beliau dilihat hanya mementingkan diri sendiri walaupun pada hakikatnya beliau berdiri dan bersandar dengan kekuatan mesyarakat Bajausuluk di negeri ini.

Kegagalan utama Shafie ialah berhubung isu Taman Marin Tun Sakaran yang dilihat rasa tertipu oleh pengwartaan sejak 2004 di kawasan parlimennya gagal untuk diselesaikan, jesteru itu Pengwartaan Taman Marin Tun Mustapha seluas 1,000,000 (sejuta ekar ) itu hendaklah ditangguhkan sehingga masalah TMTS dapat diselesaikan sepenuhnya.

ISU III

3. MOCs Sabah menyokong penuh seranan dan cadangan Pengembalian Pulau Labuan kepada Sabah seperti mana yang disuarakan oleh rakan komponen BN sendiri.

12 comments:

  1. Nampaknya Shafie Afdal perlu bekerja keras untuk meyakinkan pengundi BajauSuluk.

    ReplyDelete
  2. Lagi2 melibatkan pemimpin ini.....semoga dengan bidasan yang dibuat akan menyedarkan pemimoin terlibat.

    ReplyDelete
  3. Jadilah pemimpin yang menjadi kebanggaan rakyat, bukan pemimpin yang dicemuh oleh rakyat. renung2 kan.

    ReplyDelete
  4. diharap isu ini dipandang serius terutama pemimpin-pemimpin yang terlibat dan seterusnya mengambil tindakan yang wajar untuk mengatasinya.

    ReplyDelete
  5. Jangan la lagi cuba untuk meracuni pemimpin2 ini untuk terus berkonflik di antara satu sama lain....

    ReplyDelete
  6. ada-ada saja isu yang cuba ditimbulkan. sebaiknya semua pihak fokus terhadap isu lain yang lebih penting kepada rakyat.

    ReplyDelete
  7. cara yang paling mudah untuk dapat publisiti dan sering digunakan oleh parti politik atau NGO ialah dengan menyerang pemimpin2 kerajaan..

    ReplyDelete
  8. MOCS memang begitu peka dengan perkembangan politik buat masa sekarang. Perkara yang baik untuk kita, maka kita sokonglah. Perkara yang sebaliknya kita cuba bantu dan selesaikan dengan cara yang baik. Jadi kita berjuang untuk rakyat dan negeri Sabah yang tercinta ini.

    ReplyDelete
  9. walaupun MOCS membidas Shafie, ia tak bermakna ia menentang Shafie. MOCS hnya memberi teguran sahaja.

    ReplyDelete
  10. Harap rakyat akan menilai sendiri mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. teguran pada pemimpin2 yang di utarakan oleh MoCS itu hanya untuk mengejutkan pemimpin berkenaan supaya bangun daripada mimpi dan kembali pada reality demi kepangtingan rakyat negeri sabah yang banyak menangung kerugian atas pertelingkahan 2 pemimpin terbabit.

    ReplyDelete