Wednesday 15 June 2011

MUHYIDDIN RASMI SIDANG UMNO BEAUFORT



KESEPAKATAN…Lajim bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Haji Aman dalam satu majlis parti baru-baru ini.

Oleh : JAAFAR HAJI ABDUL WAHID

DIJANGKA lebih dari 3,000 orang yang terdiri dari perwakilan dan pemerhati akan menghadiri Persidangan Agung Umno Bahagian Beaufort kali ke 18 pada 18 Jun ini bertempat di Dewan Masyarakat Baru, Beaufort.

Ketua Penerangan Umno Bahagian Beaufort, Haji Samin Haji Ongki dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini kelmarin berkata, daripada jumlah tersebut seramai 883 adalah perwakilan dari setiap cawangan melibatkan dua kawasan Dewan Undangan Negeri Klias dan Kuala Penyu; sementara selebihnya terdiri dari perwakilan dari pergerakan Pemuda, Wanita, Puteri termasuk ahli jawatankuasa Umno Bahagian.

Menurut Haji Samin, Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin dijadualkan akan menyempurnakan majlis perasmiannya yang bermula pada jam 2.00 petang yang dijangka turut dihadiri oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Musa Haji Aman.

Kedatangan mereka, kata Haji Samin, akan disambut oleh Ketua Umno Bahagian Beaufort yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin bersama kepimpinan Umno bahagian dan Ketua-Ketua parti Komponen BN di Parlimen Beaufort.

“Kita berharap rakyat, khususnya ahli-ahli parti Umno dan BN akan hadir beramai-ramai bagi menyembut kehadiran Timbalan Perdana Menteri ke majlis perasmian ini,” katanya.

Dalam pada itu, Haji Samin berkata pelbagai isu akan dibahaskan pada persidangan kali ini antara menyentuh soal pendidikan, agama, ekonomi dan politik.

Beliau berharap para perwakilan akan mengambil bahagian yang proaktif semasa sesi perbahasan bagi mencari input yang baik dan positif khususnya dalam memperkasakan parti Umno dan BN bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang.

10 comments:

  1. Hopefully the session goes smoothly.

    ReplyDelete
  2. Semoga persidangan ini berjalan dengan lancar dan aman.

    ReplyDelete
  3. persidangan ini membuka peluang kepada ahli-ahli UMNO dan BN untuk berbincang mengenai pelbagai isu yang penting. diharap ada kerjasama daripada semua ahli dan persidangan dapat berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  4. ambil kira kepentingan rakyat jika mahu memperkasakan parti. lagi baik jika sesi perbahasan itu dapat mengetengahkan semua masalah2 yang dihadapi oleh rakyat di negeri ini.

    ReplyDelete
  5. Bah sambutlah sebagai tanda hormat.

    ReplyDelete
  6. Semoga semua plan yang dirancang berjalan lancar.

    ReplyDelete
  7. semoga sidang ini akan membincangkan pelbagai isu yang penting dan bermanfaat kepada rakyat.

    ReplyDelete
  8. harap persidangan ini akan membawa hasil yang amat baik kepada rakyat.

    ReplyDelete
  9. Semoga BN akan terus menjadi yang terbaik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  10. tahniah kpd TPM krn telah myempurnakn prasmian psidangan UMNO kali ke-18 kelmarin. syabas diucapkn kpd bliau dan parti potilik BN yg lain

    ReplyDelete