Monday 13 June 2011

OPERASI PEMUTIHAN PATI BERTEKNOLOGI ICT



KEMENTERIAN Dalam Negeri akan bekerjasama dengan kerajaan Sabah bagi membangunkan sistem berteknologi tinggi untuk melaksanakan operasi pemutihan besar-besaran pendatang tanpa izin di Sabah.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata apabila diwujudkan kelak, sistem itu diyakini dapat menyelesaikan sebahagian besar isu pendatang tanpa izin di negeri tersebut.

"Dunia tanpa sempadan membawa cabaran tersendiri. Kalau kita tidak berusaha sungguh-sungguh menggunakan sistem dan teknologi sedia ada saya bimbang masa depan kita boleh berada dalam keadaan tidak tentu dari segi keselamatannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Libaran, di sini.

Beliau memberi contoh pelaksanaan sistem biometrik yang memastikan setiap warga asing memasuki negara ini direkod menerusi imbasan cap jari.

Mengenai penahanan seorang anggota militant, Agus Salim, 34, di Johor Baharu pada Isnin lepas, Hishammuddin berkata siasatan polis mendapati Agus masuk ke negara ini menggunakan pasport sah, namun dengan nama lain.

Katanya Agus memasuki Malaysia menerusi Bukit Kayu Hitam, Kedah dari Bangkok, Thailand. (BERNAMA)

8 comments:

  1. Harap teknologi ini memberi impak yang positif dan berkesan digunakan.

    ReplyDelete
  2. Hope that the government can resolve the illegal immigrant issue with the right movement.

    ReplyDelete
  3. Dan harap kerajaan bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah PATI di negara ini dan di Sabah terutamanya.

    ReplyDelete
  4. harap ini akan dapat mengatasi masalah kebanjiran PATI yang ada di Sabah.

    ReplyDelete
  5. lepas ni, kuranglah PATI di Sabah.harap-harap.

    ReplyDelete
  6. teknologi ini hanya salah satu dari kaedah penyelesaiannya dipintu2 masuk negara. banyak lagi yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan seperti amalan rasuah dikalangan pihak berkuasa serta kawalan sempadan yang ketat..

    ReplyDelete
  7. teknologi ini bgs jg agar kita boleh memastikan bilangan orang asing yang dtg ke negara kita.

    ReplyDelete
  8. Semoga PATI yang terdapat di Negara kita ini akan dapat ditangani.

    ReplyDelete