Saturday 18 June 2011

OTHOE GADAI NASIB PERJUANG ARTIS SABAH



Oleh : MEDIA PBRS

NEGERI Sabah harus mempunyai garis panduan tersendiri dalam soal hak penyiaran terutama membabitkan produk seni tempatan dan berperanan melindungi hasil seni tempatan dari dipinggirkan oleh pihak yang tidak peka dengan kedudukan industri seni di negeri ini.

Ketua Penerangan Wanita Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Rozie Jumat berkata, PBRS mengambil serius luahan yang dibuat oleh Andrew Impongan yang lebih dikenali sebagai DJ Othoe terhadap pengurusan radio Suria FM yang didakwanya meminggirkan lagu-lagu tempatan citra Sabah.

“Harus diingatkan bahawa tidak akan ada bezanya mana-mana saluran radio sama ada dari semenanjung mahupun Sabah jika tidak memahami budaya pendengar Sabahan,” ujarnya yang memberi reaksi sepontan kepada dakwaan DJ Othoe melalui kenyataan akhbarnya.

Kita tidak mahu kecenderungan radio-radio dari semenanjung yang memancing kita dengan memberi keutamaan kepada lagu-lagu tempatan, namun apabila mereka merasakan kedudukan mereka selesa, maka mereka menukar haluan dengan mulai meminggirkan lagu-lagu karya anak Sabah.

“Pengusaha radio swasta sepatutnya peka dengan keunikan pendengar radio di Sabah,” katanya.

Tambahnya, kehadiran beberapa saluran radio swasta dari semenanjung yang dikatakan popular mengembangkan sayap ke Sabah, sememangnya telah meningkatkan semangat dan motivasi pengkarya seni di negeri ini.

“Mereka merasa tercabar dengan kehadiran radio-radio ini dan artis-artis Sabah bersaing sesama mereka untuk menghasilkan karya yang lebih baik. Artis Sabah merasakan inilah platform terbaik bagi mereka mengembangkan bakat dan seni mereka.”

Namun kata Rozie, malangnya dakwaan DJ Othoe itu sangat serius dan sekaligus boleh melemahkan semangat karyawan tempatan.

“Jangan katakan karya anak seni Sabah tidak berkualiti kerana radio-radio swasta yang mendendangkan lagu dari Sabah sering berkumandang di restoran restoran dan sangat disukai ramai. Lagu-lagu tempatan inilah pengusaha restoran, memasang radio swasta di premis mereka,” katanya

“Kita minta kerajaan Sabah mengamblil berat dan mengkaji kesan baik buruknya kewujudan radio swasta ini sama ada memberi kebaikan kepada perkembangan seni atau sebaliknya.

“Sepatutnya saluran saluran radio ini membantu karyawan seni Sabah kerana mereka mempunyai versi sendiri.

Dalam pada itu katanya, mungkin sudah tiba masanya sebuah stesen radio swasta di wujudkan di negeri ini mengikut versi sendiri. Apatah lagi pada ketika ini sudah begitu banyak radio dalam talian yang diwujudkan di negeri ini dengan dikendalikan oleh anak-anak tempatan dan mempunyai ramai pendengar.

“Kita yakin radio itu pasti menjadi lebih popular dan lebih banyak membantu mengembangkan kesenian Sabah yang tersendiri selain menjadi wadah kepada sumber maklumat terkini.

“Kita sangat berbangga dengan semangat kamikaze DJ Othoe yang sanggup mengorbankan kariernya semata-mata mempertahankan artis tempatan Sabah. Semoga rezeki beliau terus berkembang demi maruah anak seni Sabah”.

Kepada pengiat seni Sabah, kata Rozie, sudah tiba masanya persatuan yang mewakili mereka lebih vokal dan bersatu padu agar kedudukan mereka sebagai artis di negeri ini tidak mudah dipermainkan.

Kata Rozie lagi, beliau juga menerima banyak aduan serta rintihan dari artis tempatan Sabah yang bila digandingkan dengan artis artis semenanjung sering tidak dibayar seperti mana yang dijanjikan.

“Artis tempatan dijadikan artis pembuka, jika dibandingkan dengan artis-artis semenanjung artis tempatan, sebenarnya lebih diminati. Tetapi malangnya pihak penganjur konsert menganggap mereka sebagai artis percuma dan mereka sepatutnya bersyukur kerana diberikan peluang berkongsi pentas dengan artis dari semenanjung.

“Ingatlah bahawa artis Sabah ramai yang bersungguh sungguh dalam bidang ini dan mereka juga sebenarnya adalah pejuang seni,”.

Dalam pada itu juga, Rozie berkata bahawa saluran 180 TVi sepatutnya memberi lebih banyak peluang kepada produksi Sabah. Namun yang berlaku ialah, baik di RTM sendiri kebanyakan slot untuk Sabah diambil oleh produksi dari semenanjung.

“Berilah peluang kepada penggiat seni di Sabah dan PBRS sangat yakin dengan mengendalikan produksi sendiri kami sangat yakin penduduk Sarawak dan Semenanjung akan lebih mengenali Sabah seperti mana yang disarankan dalam konsep 1Malaysia,” katanya.

11 comments:

  1. Berilah peluang kepada penggiat seni di Sabah untuk menonjolkan bakat yang ada pada mereka.

    ReplyDelete
  2. Radio swasta ini perlu memahami kehendak pendengar secara keseluruhan. Bukan hanya dengan tinjauan rambang. Begitu juga dengan tv swasta. Jika siaran itu khas untuk Sabah Sarawak, siarkanlah tayangan hasil karya penduduk tempatan di sini.

    ReplyDelete
  3. harap radio tempatan Sabah lebih banyak mempromosikan artis tempatan dan kebudayaan Sabah sendiri.

    ReplyDelete
  4. DJ Othoe mempunyai ramai peminat dan rakyat Sabah juga menginginkan karya tempatan diangkat.

    ReplyDelete
  5. Boleh KKFM merisik DJ othoe ini....

    ReplyDelete
  6. DJ Othoe mempunyai peminat beliau sendiri. saya yakin tindakan beliau keluar dari suria FM sedikit sebanyak pasti akan menjejaskan rating pendengar untuk radio itu.

    ReplyDelete
  7. Saya sokong penggiat seni Sabah harus diberi peluang untuk menonjolkan bakat. Tapi bagi saya penggiat seni itu sendiri harus berusaha menonjolkan bakat yang ada dalam semua aspek termasuklah komitmen dalam bidang ini:)

    ReplyDelete
  8. Saya yakin Othoe tahu apa yang dilakukannya. Jadi hormatilah keputusan dan pendirian beliau.

    ReplyDelete
  9. penggiat seni Sabah tak kurang hebatnya berbanding penggiat dari semenajung. cuma mereka ni kurang mendapt peluang untuk menonjolkan diri mereka.

    ReplyDelete
  10. Othoe merupakan orang yang berfikiran Sabahan. Dia terpaksa menarik diri kerana tidak begitu setuju dengan pengurusan Suria.FM kerana menyiarkan lagu Sabah sedikit berbanding lagu lain. Othoe cuba untuk membantu artis Sabah supaya dikenali lagi tapi niat beliau dikecewakan.

    ReplyDelete
  11. Othoe sudah meninggalkan Suria FM.

    ReplyDelete