Thursday 16 June 2011

PEMUDA SAPP TEMUI PEKUNG BN



TINJAU…. Rudy dan rombongan sedang meninjau Rumah Kebudayaan Murut yang terbengkalai.

Oleh : MEDIA SAPP

KETUA Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Zon Pedalaman, Rudy Sulaiman Mairi dan rombongan pemuda dari Zon Pedalaman berganding bahu membuat lawatan ke beberapa tempat penting di Pedalaman Sabah, antaranya Rumah Kebudayaan yang tergendala dan melawat kampung sekitarnya untuk meninjau masalah yang dihadapi masyarakat setempat.

Mantan Ketua Kampung Maninig, Biau Bin Parisit berharap pihak yang bertanggungjawab dapat menyelesaikan masalah rumah kebudayaan yang uzur sejak sekian lama dibina tetapi sehingga kini menjadi perhiasan sahaja.

Biau berharap agar wakil rakyat/pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan yang serius kerana kemudahan seperti ini amat diperlukan penduduk kampung untuk melestarikan budaya dan tradisi agar tidak luput ditelan zaman.

Dalam kesempatan yang singkat, Pemuda Zon Pedalaman sempat melawat kampung Binsilon Tenom, termasuk jalan raya utama masih belum di turap walau Sabah akan merayakan hari kemerdekaan ke 48 pada 16 September kelak.

ROSAK….Jalan raya yang teruk mengakibatkan kenderaan mahupun pejalan kaki mengalami kesukaran untuk melaluinya.

Jalan tersebut bukan sahaja tidak siap guna kerana sering rosak, malah menjadi sungai baru apabila air Sungai Padas melimpah tebing sehingga menyebabkan penduduk kampung terputus hubungan.

Rombongan Pemuda Zon Pedalaman juga sempat melawat Pusat Giat Mara Tenom yang berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Tenom yang tergendala sehingga sekarang, menyebabkan Pusat Giat Mara Tenom terpaksa menggunakan rumah Kebudayaan Murut di Kampung Pulong sebagai premis sementara.

Pemuda Zon Pendalaman juga turut meninjau Pekan Melalap yang begitu usang dan tidak selamat untuk di diami dan memerlukan Pekan baru yang belum dapat direalisasikan kerana masalah tapak.

Dalam kesempatan yang agak terhad, Rudy Sulaiman Mairi dan rombongannya turut menziarahi seorang warga emas yang sakit di kampung Melalap.

13 comments:

  1. Kerajaan perlu ambil perhatian akan hal ini dan segera bertindak.

    ReplyDelete
  2. Harap penjelasan diberikan mengenai projek terbiar ini.

    ReplyDelete
  3. SAPP juga kena lakukan sesuatu berhubung masalah ini. bukan sekadar mendedahkan projek-projek yang terbengkalai.

    ReplyDelete
  4. Kemajuan di kawasan bandar dan luar bandar haruslah seiring. Rakyat pun tidak komplen.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kepada SAPP kerana membantu rakyat untuk menyuarakan isi hati mereka. SAPP pun bantulah juga. Jangan kerana tujuan politik saja.

    ReplyDelete
  6. Rumah kebudayaan di Kampung Maninig sebenarnya sudah lama siap, tapi atapnya terbang ditiup angin kencang...Permohonan untuk menggantikan atap itu sudah dibuat & masih lagi "pending"...jadi harap2 penduduk kampung bersabar la ok.?

    ReplyDelete
  7. rasanya SAPP perlu buat rombongan meninjau masalah2 diseluruh Sabah.. tentu banyak masalah2 yang boleh dimuatkan dalam media SAPP.. itupun kalau mereka mampu keluar masuk berpuluh ribu kampung di sabah.. kalau tidak mampu, begitu jugalah halnya dengan kerajaan dimana mereka juga sukar menyelesaikan masalah ini sekelip mata.

    ReplyDelete
  8. dave.. masuk bab2 politik ni.. atap kena tiup angin pun dorang boleh cakap janji 10 tahun tidak ditunaikan,, atau projek terbengkalai..

    ReplyDelete
  9. setuju dengan nickko, sukar untuk menyelesaikan semua masalah dalam sekelip mata. ianya memerlukan masa dan usaha berterusan.

    ReplyDelete
  10. SAPP mula mengatur langkah mereka untuk mencari kesalahan kerajaan untuk kegunaan politik mereka. Harap kerajaan akan terus berhati-hati dengan janji yang diberikan kepada rakyat.

    ReplyDelete
  11. segala masalah diluar bndar harus diambl perhatian.

    ReplyDelete
  12. Kalau asyik tinjau dan cari kesalahan saja, apa bezanya dengan tak buat kerja. hhmm...

    ReplyDelete
  13. Apapun, harap maslaha yang diutarakan diberi perhatian sewajarnya.

    ReplyDelete