Wednesday 15 June 2011

PEMUDA UMNO MASYARAKATKAN BUDAYA KOMPANG



SERAH….Kelihatan Jamawi menyerahkan satu set kompang kepada golongan belia kampong Jawa Melalap yang diterima oleh Imam Masjid kampong Jawa Melalap Haji Jainal.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

SENI kompang merupakan kesenian Islam yang diwarisi sejak zaman berzaman lagi dan merupakan antara alat muzik yang telah menjadi budaya masyarakat Islam, baik dalam majlis perkahwinan dan keramaian.

Seni kompang yang mempunyai keunikannya tersendiri jika tidak dibudayakan dan dimasyarakatkan terutamanya di kalangan generasi muda, dibimbangi akan pupus.

Menyedari hakikat ini, Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom berusaha agar seni kompang ini bukan sahaja diwairisi oleh generasi muda malah perlu dimasyarakatkan sebagai warisan kesenian Islam agar kekal sepanjang zaman.

Sehubungan itu, Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom turut menyampaikan sumbangan berupa satu set kompang kepada kumpulan belia dari kampung Jawa Melalap Tenom.

Sumbangan tersebut disampaikan sendiri oleh Ketuanya, Jamawi Jaafar dalam satu majlis ringkas di Pejabat Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom dan diterima oleh Imam Haji Jainal dan turut disaksikan oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian Tenom, Mohd.Taslim Tahir.

7 comments:

  1. Teruskan memperkenalkan alat musik tradisi kita kepada orang ramai.

    ReplyDelete
  2. ya, alat muzik seperti kompang perlu dibudayakan dan dimasyarakatkan terutama di kalangan golongan muda agar tidak pupus ditelan zaman.

    ReplyDelete
  3. Satu usaha yang positif. Semoga akan lebih banyak usaha2 sebegini dibuat.

    ReplyDelete
  4. begitu juga dengan alatan muzik tradisi bagi kaum yang lain.. jika tidak diwariskan kepada generasi muda, ia akan pupus selama2nya..

    ReplyDelete
  5. kesenian kompang memang wajar dikembangkan lagi terutamanya kepada golongan anak-anak muda.

    ReplyDelete
  6. muzik dan kesenian kita harus kita kekalkan, jgn biarkan ia pupus ditelan zaman.

    ReplyDelete
  7. Harap kompang ini tidak akan pupus begitu saja. Haruslah diwarisi zaman ke zaman.

    ReplyDelete