Saturday 11 June 2011

PROFESIONAL MURUT TAGOL GANDINGAN HALIK.



Oleh: HJ.WAHAB TIMPAI.

KEMASUKAN anak muda Murut Tagol dari Kuala Tomani lebih memantapkan lagi gandingan pengaruh Ketua Cabang Tenom, Datuk Halik Zaman pada PRU 13.

Anak tempatan itu berhasrat untuk bertanding dalam kawasan Kemabong untuk menantang Ketua Bahagian umno Tenom, Datuk Rubin Balang di kawasan Kemabong pada PRU ke 13.

Datuk Rubin Balang yang menjadi wakil rakyat di Kemabong selepas Esar Andamas tidak lagi dicalonkan oleh PBS pada ketika itu.

Mengikut analisis pemerhati politik di Tenom, sudah sampai masanya Rubin Balang berundur kerana beliau sudah terlalu lama menjadi wakil rakyat di kawasan Kemabong.

Orang muda ini semakin rapat kepada Halik Zaman untuk menimba ilmu politik beliau sebagai persediaan menghadapi pilihan raya yang diadakan pada bila-bila masa saja.

Sekiranya Halik Zaman berganding dengan orang muda Tagol itu menjadi calon di DUN Kemabong, maka sudah tentunya, segala pengalaman Halik dalam politik akan diperturunkan kepada orang muda itu.

Walaupun Halik, bukan orang Murut, namun segala tenaga dan pengalaman politiknya membela kaum Murut sekalipun terus dikutuk dan dihina dalam Facebook, namun semangat perjuangannya tidak pernah luntur.

Halik yang dilahir di kampung Entabuan, Tenom dituduh dengan pelbagai cara yang mengaibkan peribadinya serta keluarga, namun hanya menyifatkan fitnah sebagai asam garamnya dalam politik dan selebihnya beliau menyerahkan kepada Allah SWT, malah beliau berdoa semoga tukang fitnah itu diampunkan dosanya, di samping mendapat petunjuk ke jalan yang benar.

Bukan mudah untuk PKR mendapat pemimpin berjiwa rakyat, walaupun sering diburuk-burukkan oleh musuh politiknya, tetapi masih sangup mengukirkan senyuman, berbanding para pemimpin yang lain di Tenom.

Keturunan Halik berulang kali diulas di Sabahkini.net dan Facebook, namun persoalannya mana satu manusia yang tiada keturunan? Adakah kerturunan Benggali itu bukan bumiputra seperti orang Murut, Dusun, Jawa, berbanding suku lain yang bukan bumiputra di Tenom?

Ramai terkejut kemunculan Halik mengembangkan pengaruh politiknya di Tenom, kerana beliau sudah terlalu lama meninggalkan Tenom setelah berhijrah ke Kota Kinabalu, apatah lagi setelah menjual rumah dan tanahnya di kampung Mantailang apabila tewas kepada Datuk Harris Salleh atas tiket BEBAS; kerana ketika itu kawasan Parlimen Tenom melibatkan kawasan Sipitang iaitu Parlimen Ulu Padas, namun, ramai saudara mara beliau di kampung Binai dan Entabuan Padang.

Majoriti mempertikaikan penglibatan Halik dalam politik kerana bimbang beliau bertanding atas tiket PKR di Parlimen P 181 Tenom, kerana selaku Ketua Cabang, Halik menduduki ranking tertinggi untuk dicalonkan.

Soal kalah atau menang, terserah kepada rakyat berbilang kaum di kawasan ini kerana hak mereka untuk memilih siapa yang bakal mewakili mereka di Parlimen. Jangan hanya kerana takut Halik dicalonkan, maka para pemimpin politik sangup menaburkan fitnah?

13 comments:

  1. Good luck and hope that Halik do a good job.

    ReplyDelete
  2. sama ada gandingan mereka berkesan atau tidak, rakyat dikawasan mereka akan menentukannya nanti.

    ReplyDelete
  3. Kena bersedia dari sekarang kerana pilihanraya akan diadakan bila2 masa sahaja.

    ReplyDelete
  4. Penduduk setempat juga harus memilih dengan bijak jangan menyesal di kemudian hari...

    ReplyDelete
  5. That's the spirit! All the best Halik!

    ReplyDelete
  6. When GE13 comes, everyone must vote wisely.

    ReplyDelete
  7. seperti pemimpin PAS yang berganding dengan golongan profesional. apapun, semoga mereka dapat berjuang dengan baik untuk menghadapi PRU-13

    ReplyDelete
  8. Pandai2lah rakyat menilai sendiri hal ini.

    ReplyDelete
  9. Next GE bakal menjelang bila2 masa saja. Jadi tidak lama lagi kita akan tahu apa yang bakal berlaku nanti.

    ReplyDelete
  10. HJadi sekarang ini apa yang paling penting ialah semua pihak harus bersedia dan berusaha menambat hati rakyat.

    ReplyDelete
  11. Saya yakin rakyat tahu apa yang terbaik utk mereka dan juga masa depan negara.

    ReplyDelete
  12. kita lihat sahaja nnti sejauhmana pengaruh Halik di Tenom.

    ReplyDelete
  13. Tengok saja nanti benarkah gandingan ini betul-betul mantop atau tidak. Selamat berjuang.

    ReplyDelete