Sunday 19 June 2011

RAKYAT SABAH TERUS SOKONG MUSA



Saudara Pengarang,

SEJAK akhir-akhir ini saya membaca pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. Saya juga turut menerima maklumat bahawa Datuk Seri Musa seorang yang 'zalim'. Hal ini saya tentang sekeras-kerasnya kerana ia adalah fitnah dan pembohongan semata-mata bagi menjatuhkan Datuk Seri Musa.

Apa yang membimbangkan saya dan pastinya kebanyakkan lapisan rakyat di negeri ini ialah akan wujud perpecahan antara puak antara UMNO dan komponen yang lain. Kita harus memandang serius hal begini kerana rakyat kawasan pendalaman mungkin akan mendapat maklumat yang salah sekali gus membuat persepsi negatif terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Saya amat kecewa apabila ada diantara puak UMNO itu sendiri yang cuba mencetuskan isu-isu sensitif dalam Facebook dan portal bebas lain. Jika ahli UMNO itu sendiri yang cuba mencetuskan isu-isu yang boleh memecahbelahkan sokongan rakyat terhadap UMNO, maka ahli-ahli UMNO perlu bersedia untuk 'menggulung tikar' kerana pembangkang akan mengambil kesempatan untuk menjadikan perpecahan UMNO sebagai isu utama mereka.

Sebenarnya UMNO tidak berpecah, namun saya bimbang akan wujud perpecahan jika kita terus 'bertarung' sesama sendiri. Saya meninjau beberapa kawasan dan pandangan individu tertentu mengenai 'status' pencapaian Ketua Menteri Sabah, Alhamdulillah mereka memberikan respond yang positif yakni mereka memberikan sokongan padu kepada pentadbiran Datuk Seri Musa.

Datuk Seri Musa seorang tokoh yang begitu berpengalaman dan dihormati ahli UMNO seluruh Malaysia kerana sikapnya yang peramah dan tegas, amat tidak benar jika ada pihak yang mengatakan bahawa Datuk Seri Musa tidak mempunyai pengaruh. Beliau mempunyai pengaruh yang amat besar, jasa dan sumbangan beliau terhadap USNO dan UMNO perlu dikenang.

Saya amat yakin bahawa kenyataan negatif yang timbul itu mungkin bermula daripada individu yang tidak berpuas hati terhadap Datuk Seri Musa dan tidak kurangnya juga mereka yang merasai terancam dengan kekuatan Datuk Seri Musa. Rakyat perlu bijak menilai ulasan dan pandangan dengan setiap kenyataan yang dibuat.

Saya juga ingin menyeru kepada mereka yang asyik memfitnah supaya berhenti memfitnah kerana fitnah lebih kejam dari membunuh. Janganlah kita meracuni fikiran rakyat, seharusnya kita bersama-sama untuk membentuk sebuah negeri yang maju dari semua aspek.

Hentikan omongan kosong, majulah bersama-sama. Fikir-fikirkanlah.

Salam Perjuangan

PENYOKONG UMNO SABAH

17 comments:

  1. Rakyat semakin bijak menilai. Harap2 PRU13 rakyat mengundi dengan lebih bijak lagi.

    ReplyDelete
  2. Good luck and all the best.

    ReplyDelete
  3. Rakyat lebih tahu siapa yang lebih sesuai sebagai pemimpin.

    ReplyDelete
  4. Beginilah permainan politik. Ada yang sanggup melakukan apa saja asalkan hajat tercapai. Harap rakyat bijak memilih pada PRU 13 nanti.

    ReplyDelete
  5. Itu terpulang dengan rakyat sendiri. Rakat yang menilai sendiri bagaimana Datuk Musa melakukan tugas beliau sebagai seorang Ketua Menteri Sabah.

    ReplyDelete
  6. Sabah semakin bertambah baik dibawah pemimpin-pemimpin yang berkebolehan seperti KM Datuk Musa, Timbalah Datuk Pairin, Datuk Yahya dan ramai lagi. Jika kita bersatu pasti dapat memberikan yang terbaik.

    ReplyDelete
  7. Rakyat Sabah yang terus menyokong Musa Aman menunjukkan beliau masih layak untuk menjadi KM.

    ReplyDelete
  8. yang pasti Musa adalah KM sabah yang paling menyerlah dan berkaliber..

    ReplyDelete
  9. pasti ada pihak yang tidak berpuas hati dan terancam dengan kedudukan musa sekarang..contohnya LDP yang secara terang-terangan menyatakan bahawa LDP tidak akan bekerjasama dengan musa dalam apa jua hal..namun sekurang-kurangnya LDP menyatakan pendirian mereka tidak seperti individu tertentu yang dalam diam menyebarkan fitnah ke atas musa aman.

    ReplyDelete
  10. rakyat haruslah bijak menilai sesuatu maklumat dan tidak percaya bulat2 terhadap apa jua fitnah yang dikenakan ke atas musa..

    ReplyDelete
  11. semoga sabah akan terus membangun di bawah pentadbiran musa.

    ReplyDelete
  12. Musa adalah pemimpin yang hebat, kerana itu ada pihak yang cemburu dan cuba nak menjatuhkan beliau. bagaimanapun sokongan rakyat terhadap Musa masih lagi kukuh.

    ReplyDelete
  13. jarang sekali penulis blog menulis sesuatu yang baik dipihak parti pemerintah dan jarang sekali kita mendengar sumbangan mereka melainkan pentadbiran yang sumbang. inilah yang sebenarnya mencetuskan persepsi negatif terhadap BN bukan sahaja dikalangan rakyat malah dikalangan pemimpinnya sendiri.

    ReplyDelete
  14. saya yakin rakyat Sabah pasti tahu menilai apa yang terbaik untuk mereka. pemimpin yang mampu membangunkan negeri ini pasti akan mendapat sokongan padu.

    ReplyDelete
  15. Sabah tidak akan maju seperti sekarang jika tiada usaha keras dari beliau.

    ReplyDelete
  16. We will continue to support him!

    ReplyDelete