Wednesday 1 June 2011

RAMLEE MAHALI KEKAL TERAJUI PBPM SANDAKAN



Oleh : SHAIMON S JUMADI

MESYUARAT Agung Pemilihan ke 15 Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Cawangan Sandakan bagi sesi 2011/2013 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Hotel Mark Lodge Indah Jaya berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Mesyuarat yang bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir pada 12 tengah hari dan dihadiri seramai 428 ahli telah di rasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sekong, Datuk Hj Samsudin Yahya.

Dalam ucapannya yang disampaikan oleh wakilnya yang juga selaku Pemimpin Kemajuan Rakyat Sekong, Jim Tapa, antara lain menyeru kepada masyarakat agar sentiasa memberikan sokongan terhadap apa juga aktiviti kemasyarakatan yang mereka jalankan.

“Kita sebagai masyarakat seharusnya menghargai jasa-jasa mereka khususnya mantan polis kerana semasa mereka berkhidmat banyak menyumbangkan tenaga bakti untuk menjaga keselamatan orang ramai,” jelasnya.

Kata Samsudin lagi, berkhidmat sebagai anggota polis bukan semudah yang difikirkan kerana mereka sentiasa berdepan dengan musuh yang tiada sempadannya, semata-mata menjaga keselamatan dan keharmonian negara kita.

Sementara itu, dalam ucapan alu-aluan Pengerusi Cawangan Persatuan Bekas Polis Malaysia Cawangan Sandakan, Ramlee Mahali, berjanji sekiranya beliau dipilih semula untuk menerajui kepimpinan persatuan ini akan membawa perubahan besar ke arah matlamat yang diharap-harapkan bagi meneruskan pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang dirancang selama ini.

Dalam mesyuarat tersebut, tiada pemilihan dilakukan dan Ramlee Mahali telah dipilih semula dan mengekalkan sebagai pengerusi bagi sesi 2011/2013; sementara Timbalan Pengerusi, Aman Raiman berserta Ahli Jawatankuasanya seramai 14 orang terus dikekalkan bagi sesi 2011/2013.

Terdapat rombakan kecil berlaku iaitu jawatan Pengerusi Tetap disandang oleh Matius Sodomon dan Timbalannya, Kamal Kamidi.

Bagi jawatan pengerusi Pemegang Harta, lantikan baru telah disandang oleh Hj Ghani Kusui dan Timbalannya, Anis Intang.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut OCPD Sandakan, Fadzil Mohd Ali dan beberapa pegawai kanan persekutuan dan negeri.

12 comments:

  1. Jawatan dikekalkan bermakna beliau berkhidmat dengan jayanya.

    ReplyDelete
  2. Pastikan semua berpuas hati dengan apa yang telah diputuskan dalam masyurat tersebut.

    ReplyDelete
  3. Kalo dikekalkan maknanya ramai la orang berpuas hati dengan keja2 beliau yang lalu dan mendapat ramai sokongan. Syabas2. harap2 prestasi pun kekal mantap & lebih baik daripada yang lalu2.

    ReplyDelete
  4. Congratulation and good luck.

    ReplyDelete
  5. semoga Ramli Mahali menepati janjinya untuk membawa perubahan besar ke arah matlamat yang diharap-harapkan bagi meneruskan pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang dirancang selama ini.

    ReplyDelete
  6. prestasi kerjanya yang baik yng membuatkan dia kekal dipilih.

    ReplyDelete
  7. semoga beliau menjalankan peranannya dengan lebih baik lagi selepas ini.

    ReplyDelete
  8. He must have done a great job, no wonder he is reselected.Good for him.

    ReplyDelete
  9. pastikan persatuan seperti ini sentiasa aktif.. good luck!!

    ReplyDelete
  10. Semoga Mahali dapat memberikan yang terbaik untuk PBPM.

    ReplyDelete