Sunday 12 June 2011

RIBUT DALAM CAWAN PBS SEKONG REDA



SELESAI....Bonney mengesahkan Majlis Tertinggi PBS berjaya menyelesaikan konflik dan krisis dalaman PBS Sekong.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

KONFLIK mahupun krisis dalaman sesama sendiri yang melanda Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Sekong yang diterajui oleh kepimpinan Bonney Narseso P Juanico sudahpun selesai melalui perbincangan tertutup kelmarin.

Satu rombongan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PBS Pusat yang diketuai sendiri Naib Presiden, Datuk Seri Michael Asang, Timbalan Presiden Almudin Kaida dan Setiausaha Agung, Datuk Henrynus Amin telah memanggil semua ahli jawatankuasa PBS bahagian itu untuk meminta penjelasan punca konflik dan krisis dalaman sesama sendiri.

Dalam perbincangan lebih dua jam itu, Michael dan Almudin nampaknya berjaya menyelesaikan kekusutan dalam bahagian itu secara muhibbah dan setiakawan sehingga semua pihak menerima resolusi mesyuarat dengan rasa senang hati.

Ketika pertemuan eksklusif antara Bonney dengan Sabahkini.Net semalam, beliau antara lain menjelaskan dengan terperinci mengenai konflik yang melanda bahagian itu sebenarnya berpunca daripada segelintir AJK Bahagian dan beberapa Ketua-Ketua Cawangan yang tidak berpuas hati dan mempunyai agenda peribadi masing-masing.

Saya sebagai Ketua Bahagian yang dipilih dan diberi mandat menerusi pemilihan Mesyuarat Agung telah menjalankan amanah pucuk pimpinan parti saya bekerja keras untuk memantapkan perjuangan parti PBS.

“Soal saya tidak mahu bekerjasama dengan ADUN Sekong, khususnya UMNO Batu Sapi dan Ahli Parlimen Malaysia (Batu Sapi) Datin Linda Tsen Thau Lin kononnya saya ghairah mahu jadi calon adalah tidak berasas sama sekali dan berunsur fitnah yang sengaja mahu menjatuhkan reputasi kepimpinan saya dalam PBS Sekong,” jelas Bonney dengan panjang lebar.

Mengenai 11 cawangan yang berpecah-belah, kata Bonney, adalah tidak benar dan kesemua 11 ketua cawangan yang ditohmah membelot kepada beliau sebenarnya telah diperdaya merupakan dakwaan yang tidak benar dan sengaja direka-reka.

“Saya faham bahawa mesyuarat Agung Tahunan PBS Bahagian Sekong ke 26 akan diadakan pada sebelum akhir Ogos ini, jadi macam-macam perkara timbul dan terdapat setengah ahli mahu merebut jawatan Ketua Bahagian,” tegas Bonney yang mengalu-alukan pihak yang ingin merebut jawatan bertanding mengikut lunas Perlembagaan Parti.

Lagipun kata Bonney, untuk menjadi seorang pemimpin nombor satu di perimgkat bahagian bukan semudah yang difikirkan kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai karenah dan masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli, khususnya para penyokong akar umbi PBS.

“Apapun, saya selaku Ketua Bahagian yang masih mendapat sokongan untuk terus menerajui PBS Bahagian Sekong dalam masa terdekat ini ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Majlis Tertinggi PBS Pusat kerana berjaya menyelesaikan konflik dalaman. Begitu juga dengan semua AJK Bahagian dan Ketua-Ketua Cawangan PBS Sekong yang bersedia mengukuhkan perpaduan,” kata Bonney lagi.

Tegas Bonney, ahli yang tidak berpuas hati atau menghadapi sebarang masalah dengan kepimpinan beliau boleh mengadu terus kepada Naib Presiden ataupun Setiausaha Agung PBS.

Bonney turut mengucapkan terima kasih kepada Sabahkini.Net yang bersikap tidak berat sebelah atau pilih kasih dalam menyiarkan krisis yang melanda bahagian secara saksama.

15 comments:

  1. PBS should prevent any internal conflicts as it will affect the party's performance.

    ReplyDelete
  2. Bagus la kalo sudah PBS bahagian Sekong sudah ada muafakat.

    ReplyDelete
  3. Utamakan rakyat jangan utamakan kuasa.

    ReplyDelete
  4. Kesepekatan sukar dicapai jika masing2 nak menang. Sebarang perselisihan haruslah dibawa ke meja rundingan.

    ReplyDelete
  5. Harus diingat bahawa setiap pergerakan pemimpin parti akan diperhatikan. Sebaik-baiknya tunjuklah contoh yang baik.

    ReplyDelete
  6. Gunakan cara yang berhemah untuk menyelesaikan masalah.

    ReplyDelete
  7. pertelingkahan berkenaan jawatan sepatutnya dielakkan oleh ahli-ahli kerana ini akan mempengaruhi perjuangan dalam PBS.

    ReplyDelete
  8. sabahkini.net sudah pasti saksama dalam sesuatu isu..

    ReplyDelete
  9. baguslah pertelingkahan dalaman sudah selesai...sekarang fokus kepada perkhidmatan untuk rakyat..

    ReplyDelete
  10. sesuatu pertelingkahan atau tidak sependapat dapat diselesaikan melalui perbincangan..tidak perlu ribut2 seperti mengugut keluar parti dan macam2..

    ReplyDelete
  11. Bonney telah memberikan penjelasan seperti yang telah dijanjikan..diharap perkara ini tidak lagi disensasikan kerana ianya telah pun selesai.

    ReplyDelete
  12. konflik dalaman adalah perkara biasa dalam mana2 parti politik. semua parti pasti sudah dan akan melaluinya. situasi itu tidak menggambarkan kelemahan parti sekiranya pemimpin atau ahli2nya mampu menyelesaikan masalah itu dengan baik..

    ReplyDelete
  13. baguslah jika semua sudah reda. sekarang ini semua boleh fokus terhadap tanggungjawab kepada rakyat.

    ReplyDelete
  14. perbincangan mmg adalah langkah terbaik dalam mencari penyelesaian.

    ReplyDelete
  15. Pasti setipa masalah ada jalan penyelesaian. Perbincangan adalah antara penyelesaian yang perlu dalam parti. Kerana salah faham pasti timbul, jadi selesaikan sebaiknya.

    ReplyDelete