Saturday 18 June 2011

RISIKO TANAH RUNTUH DI JALAN BERSATU



ROSAK…. Dinding parit yang rosak akibat rempuhan kenderaan yang jatuh kedalam parit di Jalan Bersatu baru-baru ini yang dilawati oleh Ketua DAP Kudat Alex Wong.

Oleh : MEDIA DAP

DAP Kudat menggesa pihak berkuasa di daerah ini untuk menimbangkira pembaikan sistem perparitan di Batu 1, berdekatan dengan Jalan Bersatu, Kudat yang rosak akibat satu kemalangan jalanraya apabila sebuah kenderaan merempuh dinding perparitan berkenaan.

Penduduk berdekatan dengan sistem perparitan ini gusar kerana jika tidak dibaiki akan mengakibatkan runtuhan berterusan dan berkemungkinan Jalan Bersatu akan runtuh pada bila-bila masa sahaja.

Menurut Ketua DAP Kudat, Alex Wong beberapa orang penduduk di sekitar kawasan berkenaan telah melaporkan perkara ini kepada pihak berwajib, tetapi janji hanya tinggal janji dan mereka telah menghubungi Pusat Perkhidmatan DAP Bergerak di Kudat untuk tindakan selanjutnya.

Sebaik saja menerima rungutan rakyat di daerah ini, Alex Wong bergegas ke tempat itu dan membuat pemeriksaan ke atas fakta kerosakan bersama ahli DAP tempatan dan beliau berjanji untuk membawa masalah itu kepada pihak berwajib.

Sehubungan itu, beliau merayu kepda pihak berwajib supaya menimbang pembaikan kerosakan berkenaan sebelum ianya melarat akibat hakisan dan gegaran kenderaan yang menggunakan jalan di kawasan kerosakan.

Kecil kerosakan, kecil juga bajet tetapi jika dibiarkan ia akan menjadi besar dan yang susah duit rakyat juga akan digunakan untuk membaik pulih, tambah Alex Wong.

12 comments:

  1. Sebelum masalah ini melarat, lebih baik ianya diperbaiki secepat mungkin.

    ReplyDelete
  2. Pihak yang berwajib sila ambil perhatian.

    ReplyDelete
  3. semoga pembaikian dapat dilakukan dengan segera bagi mengelakkan perkara-perkara yang lebih buruk berlaku.

    ReplyDelete
  4. harap perhatian dapat diberikan dan pembaikan akan dilakukan.

    ReplyDelete
  5. Saya percaya itu sudah ada dalam list untuk pembaikkan.....lakukan dengan segera...

    ReplyDelete
  6. benarkah penduduk berhampiran sudah melaporkan kepada pihak berwajib? masalah ini baru sahaja berlaku disebabkan kemalangan, tapi seolah2 ianya telah lama berlaku berdasarkan kenyataan penduduk 'janji tinggal janji'..

    ReplyDelete
  7. Aduii, teruk kalau ini. Laporkan pada pihak berkuasa secepat mungkin, manalah tau terlepas pandang kan. hehhee.. Biasalah manusia bukan semuanya sempurna:P

    ReplyDelete
  8. Apapun, harap perkara ini ditanggani secepatnya.

    ReplyDelete
  9. kawasan tersebut haris diperbaiki agar ia tak membahayakan orang ramai.

    ReplyDelete
  10. Mungkin pihak berkenaan perlu bertindak pantas bagi menangani masalah ini. Sebelum perkara ini menjadi lebih serius.

    ReplyDelete
  11. Harap kerajaan akan mengambil langkah-langkah pencegahan untuk memastikan kemalangan tidak akan berlaku.

    ReplyDelete
  12. Selain itu, rakyat juga perlulah lebih berhati-hati.

    ReplyDelete