Thursday 9 June 2011

RM2 BILLION NAIKTARAF PRASARANA ELEKTRIK



KERAJAAN Persekutuan, melalui pelaburan modal, telah memainkan peranan penting dalam peningkatan infrastruktur bekalan tenaga di Sabah bagi memenuthi permintaan tenaga di Sabah diunjurkan meningkat 8 peratus antara 2010 dan 2015.

Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dalam kenyataan Khamis berkata sejak 10 tahun lepas, kerajaan telah menyalurkan RM1.849 bilion bagi menambah baik infrastruktur bekalan tenaga seluruh Sabah.

Ia berkata RM727.87 juta diperuntukkan kepada negeri itu di bawah Rancangan Malaysia Kelapan antara 2000 dan 2005 manakala RM800.2 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan.

"Kerajaan juga melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, memperuntukkan RM186.9 juta kepada SESB di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi," katanya dalam kenyataan itu.

Kerajaan juga menyediakan RM2.06 bilion sebagai subsidi bahan api kepada loji janakuasa antara 2004 dan 2010.

SESB berkata sebanyak 382 projek dilaksanakan seluruh Sabah sekarang ini dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir 2012.

"Penyiapan projek ini (penambahbaikan infrastruktur) juga akan memberi kesan positif terhadap situasi bekalan tenaga di Sabah dan menjadikan gangguan berkurangan kepada pelanggan.

"Dengan peningkatan dalam teknologi dan pengetahuan teknikal yang mendalam oleh SESB, syarikat yakin bekalan tenaga kepada pelanggan di Sabah akan bertambah baik dengan hebat pada tahun mendatang," kata SESB.

SESB telah melaksanakan banyak projek strategik yang menyaksikan Indeks Tempoh Gangguan Purata Sistem atau SAIDI meningkat dengan ketara di Sabah kepada 687 minit setiap pelanggan pada 2010 daripada 2,867 minit setiap pelanggan pada 2009.

Sehingga 6 Jun, 2011, indeks bagi Sabah ialah 216.9 minit setiap pelanggan, kata kenyataan itu lagi.(BERNAMA)

11 comments:

  1. Hope that SESB is able to improve the electricity infrastructure in Sabah.

    ReplyDelete
  2. Sudah sekian lama rakyat mengalami masalah elektrik. Memang patutlah SESB melakukan sesuatu untuk rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  3. Semoga ianya berjalan lancar dan masalah itu dapat dibendung.

    ReplyDelete
  4. "SESB berkata sebanyak 382 projek dilaksanakan seluruh Sabah sekarang ini dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir 2012."

    Hopefully there will be no delay in completing this projects.

    ReplyDelete
  5. Make sure there are improvement in the electricity in Sabah.

    ReplyDelete
  6. harp kualiti perkhidmatan elektrik di Sabah akan bertambah baik selepas ini.

    ReplyDelete
  7. Hope this infrastructure improvement will also provide positive impact on energy supply situation in Sabah and make interference decreased to customer.

    ReplyDelete
  8. This is pleasant news to Sabahans.

    ReplyDelete
  9. saya harap perkhidmatan SESB jauh lebih baik tahun ini dan tahun2 seterusnya.

    ReplyDelete
  10. harap projek tersebut dapat menambahbaik struktur bekalan elektrik di Sabah dan tidak kerap mengalami gangguan bekalan lagi.

    ReplyDelete
  11. Harap masalah elektrik tidak akan berlaku lagi dengan penaiktaraf yang sedang dilakukan ini.

    ReplyDelete