Friday 3 June 2011

RM514 JUTA BAIKPULIH 2,202 SEKOLAH



KERAJAAN telah memperuntukan sejumlah RM514 juta bagi membaik pulih 5,555 blok bangunan yang mengalami kerosakan teruk di 2,202 buah sekolah di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata blok bangunan itu yang membabitkan bilik darjah, rumah guru, pejabat dan asrama dikenal pasti berstatus rosak teruk oleh Jawatankuasa Audit Fizikal yang ditubuhkan di peringkat kementerian sejak awal tahun ini.

Sebanyak 625 buah sekolah itu terletak di Sabah, 493 di Sarawak dan 1,084 di Semenanjung Malaysia, katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Bambangan, dekat sini, hari Khamis.

Terdahulu itu, beliau melawat sekolah di kawasan Parlimen Batu Sapi yang mempunyai masalah kerosakan teruk iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura 2, SK Pulau Shanghai, SK Pulau Timbang, SK Terusan Sapi dan SK Kampung Baru.(BERNAMA)

13 comments:

  1. Hope that the allocations can help bring more improvements to the schools in Sabah.

    ReplyDelete
  2. bgslah, gunakan wang tersebut dgn sebaiknya untuk membaik pulih sekolah2 di Sabah.

    ReplyDelete
  3. ini memang tindakan yang wajar. harap peruntukan tersebut dapat membantu membaikpulih sekolah-sekolah yang mengamali kerosakan.

    ReplyDelete
  4. Satu pujian bagi kerajaan. Jangan persiakan usaha kerajaan ini.

    ReplyDelete
  5. Kita sedia maklum persekitaran adalah salah satu faktor untuk anak2 kita menumpukan perhatian terhadap pembelajaran. Jadi usaha ini harus mendapat pujian dan teruskan memberi keselesaan kepada anak2 kita.

    ReplyDelete
  6. Harap2 projek ini berjalan dengan lancar dan menepati sasaran projek.

    ReplyDelete
  7. diharap RM514 juta itu digunakan sebaiknya bagi membaikpulih sekolah2 yang mengalami kerosakan. jangan pula ada pihak kontraktor yang dipertanggungjawabkan tapi tidak menjalankan tugas dengan sempurna dan memuaskan.

    ReplyDelete
  8. saya agak hairan juga jumlah sekolah yang perlu dibaikpulih di Semenanjung lebih banyak berbanding Sabah dan Sarawak.

    ReplyDelete
  9. dari statistik, ternyata sekolah di sabah banyak yang rosak..diharapkan dengan adanya peruntukkan tersebut, sekolah2 berkenaan akan lebih selamat digunakan.

    ReplyDelete
  10. KPM harus pastikan peruntukkan ini benar2 sampai..pemantauan harus dilakukan oleh pihak2 berkenaan termasuk SPRM..

    ReplyDelete
  11. jangan pula jadi macam projek2 sebelum ini.. pengumuman ada tapi kerja2 tidak ada. dan yang paling penting sekali ialah kerja2 membaik pulih itu mestilah mematuhi standard piawaian.. jangan buat kerja cincai..

    ReplyDelete
  12. KERAJAAN telah memperuntukan sejumlah RM514 juta bagi membaik pulih 5,555 blok bangunan yang mengalami kerosakan teruk di 2,202 buah sekolah di seluruh negara.

    Satu rancangan yang bagus. Utamakan keselamatan para pelajar dan ini dapat melancarkan pembelajaran.

    ReplyDelete